Digelar hero cilik Covid-19, kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan ngeri #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia

Digelar hero cilik Covid-19, kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan ngeri SEORANG kanak-kanak perempuan yang digelar 'hero' kerana menjahit topeng muka bagi petugas hospital, meninggal dunia dalam nahas ATV yang mengerikan.
Lexi menjahit hampir 100 topeng muka untuk petugas hospital.

Digelar hero cilik Covid-19, kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan ngeri SEORANG kanak-kanak perempuan yang digelar 'hero' kerana menjahit topeng muka bagi petugas hospital, meninggal dunia dalam nahas ATV yang mengerikan.

Lexi Collins, 10, terbunuh pada Jumaat lalu di Munday, Texas walaupun perincian mengenai kemalangan itu belum dikeluarkan.

Lexi sebelum ini menghabiskan kebanyakan masanya menjahit hampir 100 helai topeng muka untuk dipakai oleh petugas hospital ketika penularan wabak Covid-19.

Dia mendapat ilham untuk menghasilkan topeng muka daripada ibu, nenek dan bapa saudaranya, yang kesemua mereka merupakan jururawat.

Gadis kecil itu juga sebelum ini pernah muncul di stesen berita KTXS pada 6 April selepas Hospital Umum Anson melahirkan penghargaan kepadanya kerana menjahit topeng muka untuk pekerja kesihatan di pusat perubatan berkenaan.

Hospital itu memuat naik ucapan terima kasih beserta gambar beberapa petugasnya memakai topeng hasil jahitan Lexi di Facebook.

Upacara pengebumian Lexi akan berlangsung pada Isnin ini di Scruggs Field di Munday.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers