Khabar angin kematian Kim Jong-Un bertiup kencang, belum ada pengesahan rasmi Korea Utara #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia

Khabar angin kematian Kim Jong-Un bertiup kencang, belum ada pengesahan rasmi Korea Utara. PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-Un dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu malam.

Khabar angin kematian Kim Jong-Un bertiup kencang, belum ada pengesahan rasmi Korea Utara. PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-Un dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu malam.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

Demikian dakwa beberapa sumber dari negara itu, termasuklah dari Jepun dan China.

Namun sehingga kini, belum ada sebarang pengesahan rasmi mengenainya.

Menurut beberapa outlet media di China dan Jepun, diktator berusia 36 tahun itu dikatakan sudah meninggal dunia.

Ada pula sumber yang mendakwa dia kini sedang sakit tenat dan tiada harapan untuk sembuh selepas menjalani pembedahan jantung.

Menurut laporan itu lagi, Korea Utara merupakan negara yang terlalu berahsia menyebabkan pengesahan mengenai kematian pemimpin mereka sukar diperolehi.

Dalam pada itu, timbalan pengarah sebuah saluran berita di Hong Kong yang mendakwa dirinya anak saudara kepada menteri luar China turut mengumumkan hal sama.

Kata Shijian Xingzou dari televisyen satelit HKSTV Hong Kong, dia ada sumber kukuh yang mengesahkan kematian Kim Jong-Un.

Ada juga sumber yang mendakwa pasukan perubatan China juga telah dihantar ke Pyongyang.

Maklumat lanjut mengenai hal itu turut didedahkan.

Biarpun belum disahkan, tanda pagar mengenai kematian Kim Jong-Un turut menjadi topik trending global menerusi laman Twitter. 

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers