Budak 7 tahun dirogol, mata dicucuk sebelum ditinggal dengan tangan, kaki diikat #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia
Budak 7 tahun dirogol, mata dicucuk sebelum ditinggal dengan tangan, kaki diikat. SEORANG kanak-kanak perempuan dirogol dan matanya dicucuk sebelum ditinggalkan di sebuah rumah ketika perintah kawalan pergerakan dijalankan.
Malah, mangsa berusia tujuh tahun itu ditinggalkan dengan tangan dan kakinya diikat.
Insiden yang berlaku di Madhya Pradesh, India membangkitkan kemarahan rakyat negara itu.
Mereka mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang tidak berperikemanusiaan.
Mangsa hanya ditemui selepas penduduk berdekatan mendengar jeritannya.
Kanak-kanak perempuan berkenaan kemudian dikejarkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.
Ia merupakan kejadian rogol yang ketiga berlaku di negeri itu sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan susulan penularan Covid-19, dengan Madhya Pradesh antara yang mencatatkan kadar jenayah seksual tertinggi.
Polis menjalankan siasatan berhubung seorang kanak-kanak yang dirogol di Madhya Pradesh, India.
Polis menahan seorang suspek, dan memberi ganjaran wang tunai bagi mereka yang dapat menyalurkan maklumat berhubung perogol.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.