Pasangan kembar korban Covid-19, meninggal dunia selang tiga hari di hospital sama #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia
Pasangan kembar korban Covid-19, meninggal dunia selang tiga hari di hospital sama. PASANGAN kembar kepada seorang jururawat yang meninggal dunia akibat Covid-19, turut menjadi korban virus itu.
Kedua-dua mereka meninggal dunia hanya beberapa hari antara satu sama lain.
Emma Davis dan Katy meninggal dunia akibat Covid-10
Emma Davis, 37, seorang bekas jururawat meninggal dunia di Hospital Umum Southampton di England pada Jumaat, hanya tiga hari selepas kematian pasangan kembarnya, Katy yang bertugas sebagai jururawat kanak-kanak di hospital yang sama.
Kakak pasangan kembar itu mengesahkan perkara tersebut, dan turut mendedahkan bahawa kedua-dua beradik itu sebelum ini tinggal bersama.
Mereka kemudian jatuh sakit dan mengalami masalah kesihatan lain untuk satu tempoh.
Bercakap kepada BBC, dia memberitahu, pasangan berkenaan pernah memberitahu bahawa 'mereka lahir ke dunia bersama-sama dan akan pergi juga bersama-sama'.
"Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa istimewanya mereka," tambahnya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.