Dua sukarelawan pertama disuntik vaksin koronavirus Universiti Oxford #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia
Dua sukarelawan pertama disuntik vaksin koronavirus Universiti Oxford DUA orang saintis telah disuntik dengan apa yang diharapkan menjadi vaksin koronavirus dalam percubaan pertama ke atas manusia di United Kingdom.
Penyelidik University of Oxford pada Khamis memberikan dos pertama kepada salah seorang daripada mereka, sementara seorang lagi diberi vaksin meningitis untuk perbandingan.
Kumpulan Vaksin Oxford, yang sangat optimis ia akan berjaya berharap dapat mengulangi proses ini terhadap enam lagi sukarelawan pada Sabtu.
Ahli mikrobiologi Elisa Granato dan penyelidik kanser Edward O'Neill menawarkan diri untuk menjadi dua peserta pertama.
Mereka ingin membantu dalam sesuatu yang mungkin menjadi pembangunan inovatif dalam memerangi wabak tersebut.
Granato, yang mengambil bahagian dalam percubaan ini pada ulang tahunnya yang ke-32 berkata dia teruja untuk menyokong usaha ini dengan menjadi sukarelawan.
Dia memberitahu BBC: "Disebabkan saya tak belajar tentang virus, saya rasa agak tak berguna hari ini, jadi saya rasa ini adalah cara yang sangat mudah bagi saya untuk menyokong."
O'Neill berkata: "Nampak ia macam perkara yang betul untuk dibuat bagi memastikan kita dapat memerangi penyakit ini dan mengatasinya dengan lebih cepat."
Profesor Sarah Gilbert, yang mengetuai pasukan yang melakukan percubaan itu berkata dia optimis terhadap peluang kejayaan vaksin tersebut.
"Secara peribadi, saya sangat optimis ia akan berjaya. Secara rasmi, kami mengujinya dalam keadaan berkesan.
"Semestinya tiada cadangan bahawa kami akan mula menggunakan vaksin ini pada populasi yang lebih luas sebelum kami tunjukkan bahawa ia benar-benar berfungsi dan dapat menghentikan orang ramai dijangkiti koronavirus," katanya.
Sehingga 1,102 peserta akan direkrut di beberapa tapak kajian di Oxford, Southampton, London dan Bristol mulai minggu depan.
Lydia Guthrie yang juga akan mengambil bahagian memberitahu program BBC World 4's The World At One: "Mereka (pasukan klinikal) sangat jelas dengan peserta mengenai potensi risiko dan percubaan vaksin diatur dengan berhati-hati, jadi kami harus memberikan persetujuan jelas terhadap setiap langkah.
"Mereka benar-benar jelaskan kepada kami bahawa sebagai peserta, kami boleh menarik diri pada bila-bila masa jika berubah fikiran."
Katanya, setelah dimaklumkan sama ada calon vaksin Covid-19 atau meningitis, dia akan menjalani kehidupan normal, menulis diari tentang perasaannya atau jika mempunyai sebarang gejala.
Vaksin Covid-19 dianggap sebagai strategi keluar utama oleh kebanyakan pakar dan para saintis di seluruh dunia berlumba-lumba untuk mengembangkan vaksin yang dapat dihasilkan secara besar-besaran.
Imperial College London berharap vaksin ini sedia digunakan pada akhir tahun ini dan juga mendapat lebih banyak sokongan daripada kerajaan.
Para penyelidik berkata bahawa vaksin mungkin tersedia untuk petugas barisan depan dan mereka paling terdedah pada akhir musim sejuk, dengan ujian klinikal bermula pada bulan Jun.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Perubatan England, Profesor Chris Whitty berkata bahawa kemungkinan vaksin tersedia pada akhir tahun ini sangat tipis.
Katanya, sehingga vaksin dijumpai, jarak sosial adalah cara paling efektif untuk mengelakkan penyebaran virus.
Ahli mikrobiologi Elisa Granato menjadi individu pertama menjalani ujian percubaan vaksin Covid-19 ke atas manusia di UK.
Penyelidik University of Oxford pada Khamis memberikan dos pertama kepada salah seorang daripada mereka, sementara seorang lagi diberi vaksin meningitis untuk perbandingan.
Kumpulan Vaksin Oxford, yang sangat optimis ia akan berjaya berharap dapat mengulangi proses ini terhadap enam lagi sukarelawan pada Sabtu.
Ahli mikrobiologi Elisa Granato dan penyelidik kanser Edward O'Neill menawarkan diri untuk menjadi dua peserta pertama.
Mereka ingin membantu dalam sesuatu yang mungkin menjadi pembangunan inovatif dalam memerangi wabak tersebut.
Granato, yang mengambil bahagian dalam percubaan ini pada ulang tahunnya yang ke-32 berkata dia teruja untuk menyokong usaha ini dengan menjadi sukarelawan.
Vaksin inilah yang digunakan untuk Fasa 1 ujian klinikal di Oxford.
Dia memberitahu BBC: "Disebabkan saya tak belajar tentang virus, saya rasa agak tak berguna hari ini, jadi saya rasa ini adalah cara yang sangat mudah bagi saya untuk menyokong."
O'Neill berkata: "Nampak ia macam perkara yang betul untuk dibuat bagi memastikan kita dapat memerangi penyakit ini dan mengatasinya dengan lebih cepat."
Profesor Sarah Gilbert, yang mengetuai pasukan yang melakukan percubaan itu berkata dia optimis terhadap peluang kejayaan vaksin tersebut.
"Secara peribadi, saya sangat optimis ia akan berjaya. Secara rasmi, kami mengujinya dalam keadaan berkesan.
"Semestinya tiada cadangan bahawa kami akan mula menggunakan vaksin ini pada populasi yang lebih luas sebelum kami tunjukkan bahawa ia benar-benar berfungsi dan dapat menghentikan orang ramai dijangkiti koronavirus," katanya.
Pasukan penyelidik optimis terhadap vaksin ini.
Sehingga 1,102 peserta akan direkrut di beberapa tapak kajian di Oxford, Southampton, London dan Bristol mulai minggu depan.
Lydia Guthrie yang juga akan mengambil bahagian memberitahu program BBC World 4's The World At One: "Mereka (pasukan klinikal) sangat jelas dengan peserta mengenai potensi risiko dan percubaan vaksin diatur dengan berhati-hati, jadi kami harus memberikan persetujuan jelas terhadap setiap langkah.
"Mereka benar-benar jelaskan kepada kami bahawa sebagai peserta, kami boleh menarik diri pada bila-bila masa jika berubah fikiran."
Katanya, setelah dimaklumkan sama ada calon vaksin Covid-19 atau meningitis, dia akan menjalani kehidupan normal, menulis diari tentang perasaannya atau jika mempunyai sebarang gejala.
Vaksin Covid-19 dianggap sebagai strategi keluar utama oleh kebanyakan pakar dan para saintis di seluruh dunia berlumba-lumba untuk mengembangkan vaksin yang dapat dihasilkan secara besar-besaran.
Imperial College London berharap vaksin ini sedia digunakan pada akhir tahun ini dan juga mendapat lebih banyak sokongan daripada kerajaan.
Para penyelidik berkata bahawa vaksin mungkin tersedia untuk petugas barisan depan dan mereka paling terdedah pada akhir musim sejuk, dengan ujian klinikal bermula pada bulan Jun.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Perubatan England, Profesor Chris Whitty berkata bahawa kemungkinan vaksin tersedia pada akhir tahun ini sangat tipis.
Katanya, sehingga vaksin dijumpai, jarak sosial adalah cara paling efektif untuk mengelakkan penyebaran virus.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.