Sumbangan besar kumpulan Arqam dan Ust Ashaari Muhammad

Sumbangan besar kumpulan Arqam dan Ust Ashaari Muhammad

Sumbangan besar kumpulan Arqam dan Ust Ashaari Muhammad kpd negara dan umat islam Malaysia tak patut dinafikan.

Satu sumbangan besar Ust Ashaari Muhammad kpd masyarakat Islam negara ini di mana ketika itu, Jabatan2 agama Islam, majlis2 agama islam, istitusi2 pengajian islam, pusat islam dan intelektual Islam dgn ijazah phd, tetap GAGAL LAKSANAKAN sejak merdeka ADALAH MEMBUDAYAKAN MENUTUP AURAT DALAM MASYARAKAT ISLAM MELAYU.

Pada zaman dahulu, ustazah yg mengajar agama di pondok, di sekolah malah di universiti dalam bidang pengajian islam, mereka sendiri tidak reti, takut, kekok utk menutup aurat dalam masyarakat. Mereka hanya pakai selendang MELAYU, rambut berjuntai nampak.

Al Arqam telah berjaya menyedarkan bani melayu & umat Islam akan pentingnya menutup aurat...

Tentunya Tun M yg berfahaman sekular dan anti hadis, tidak senang akan perkara ini.. bahkan Tun M sendiri pernah buat statement bahawa menutup aurat itu tidak penting..

Pada peringkat awal penutupan aurat ngn hijab diperkenalkan oleh pendakwah Arqam, mereka difitnah dgn kisah hantu "kom-kom".

Itulah cabaran dalam berdakwah di akhir zaman (Fasa 4)

Selain itu Al Arqam adalah perintis industri makanan halal dlm masyarakat kita sbg satu tanggung jawab fardu kifayah dan bukan utk hub halal komersial. PAS juga cuba mengorak langkah sama selepas beberapa tahun Arqam diharamkan (kalau tak silap) menerusi kohilal, tetapi juga disabotaj oleh kerajaan UMCO chet det.

Malah bukan itu sahaja, mereka juga menyedarkan masyarakat (bagi mereka yg ingin mengambil iktibar sahaja) tentang pentingnya aspek menjaga kebersihan dlm penyediaaan makanan. Makanan halal dan mudah boleh menjadi haram jika tidak dijaga kebersihannya, seperti dalam isu telur ayam perlu basuh atau tidak. Masalah solat dan kencing berdiri, dan lain2..

========================================================================================================

KESEDARAN DAN KEINSAFAN DLM MASYARAKAT

Satu program road show kesedaran dan insafan yg berjaya dilaksanakan oleh kumpulan pendakwah Arqam adalah road show tentang alam barzah, konsert sepohon kayu dan lain2. Ramai artis2 yg berubah dan mula mendekati Islam hasil pendedahan ini.

Dan akhir sekali sebagaimana yg anda semua maklum industri nasyid tanah air bermula sewaktu kumpulan Arqam bergiat aktif. Nasyid mereka jadikan medium dakwah utk berdakwah.

Kekuatan yg memberi roh kpd nasyid yg mereka bawa, bukanlah terletak pada liriknya atau lagunya atau penyanyinya tetapi pada aspirasi dakwah yg ingin disampaikan. Walaupun selepas kumpulan Arqam dihapuskan, bekas2 ahli kumpulan Arqam masih meneruskan usaha dakwah menerusi nasyid. BOOM!! Dengan kemunculan kumpulan Raihan, Rabani, Hijjaz, memberi ledakan nasyid dlm industri muzik tanah air. Alhamdulillah, ia juga byk memberi kesedaran dlm masyarakat.

Walaupun Pusat Islam, Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negari, Jabatan-jabatan Agama Islam,

Institusi-Institusi Pengajian Islam, Sekolah-Sekolah Agama, Pertubuhan-Pertubuhan Agama Islam semuanya memfatwakan Arqam itu sesat dan menyesatkan. AKAN TETAPI mereka dapat menerima nasyid2 yg dibawakan oleh bekas2 kumpulan Arqam, padahal kebanyakan lagu2 yg dibawakan itu, liriknya adalah hasil nukilan Ust Ashaari Muhammad sendiri (copyright reserved). Contoh : Munajat yg dibawa oleh kumpulan Rabbani.

Terlalu banyak manfaat2 yg dibawa oleh Al Arqam..

Namun bani melayu tetap percaya pada fitnah2 rekaan Mahathir..
Inilah sindrom down golongan yg rasa diri mereka intelektual, bukannya makin berisi makin tunduk tapi makin tak pijak bumi.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers