Amerika Pembunuh Islam Moro

Amerika Pembunuh Islam Moro, Pada tahun 1906 pertempuran Bud Dajo telah berlaku di antara pasukan tentera Amerika Syarikat dan penduduk Islam di Moro, Filipina. 

Pertempuran ini berlaku kerana Amerika Syarikat yg baru sahaja menawan Filipina daripada Sepanyol menyatakan bahawa kawasan pemerintahan Kesultanan Sulu iaitu Mindanao adalah sebahagian daripada Filipina lalu mereka mempunyai hak di dalam pentadbiran Mindanao.

Di dalam pertempuran ini seramai 790 tentera Amerika Syarikat terlibat di mana bangsa Moro pula berjumlah 1000, ini termasuk golongan wanita dan kanak - kanak.

Pasukan Amerika memenangi pertempuran ini kerana mempunyai persenjataan moden manakala bangsa Moro kebanyakannya hanya menggunakan senjata tradisional.

Daripada 1000 orang hanya 6 orang sahaja terselamat. Tentera Amerika membunuh kesemuanya tidak kira lelaki, perempuan ataupun kanak2..

Hanya 21 tentera Amerika yg terbunuh di dalam pertempuran ini.

Pengajaran drpd peristiwa ini adalah pentingnya umat Islam utk menguasai ilmu persenjataan dan pertempuran moden. Walaupun musuh mempunyai bilangan yg lebih sedikit dan mereka tidak biasa dgn cuaca setempat tetapi kerana menguasai ilmu persenjataan moden mereka mampu membunuh umat Islam dgn mudahnya.

**Gambar menunjukkan banyaknya jenazah bangsa Moro yg terbunuh di dalam pertempuran ini dan tentera Amerika bergambar dengan jenazah2 ini sebagai kenang - kenangan.

Amerika Pembunuh Islam Moro

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers