Harta Darul Arqam sebelum diharamkan…
Sebelum Darul Arqam diharamkan mereka mempunyai asset/ harta tetap bernilai lebih RM200 juta dalam bidang hartanah, kenderaan, kilang dan sebagainya.
Mereka memiliki 48 buah perkampungan di seluruh Malaysia dengan keluasan tanah 294 ekar yang nilainya berpuluh juta ringgit. Di setiap perkampungan diwujudkan kawasan pertanian. Antara pertanian yang mereka usahakan ialah penanaman padi, tanaman kontan, tanaman belimbing, kolam ikan, ternakan ayam itik dan nuseri bunga.
Arqam juga mempunyai Pusat Latihan Pertanian di Batu Hampar Perak seluas 20 hektar. Mereka juga memiliki sawah padi seluas 20 ekar di Pulau Pinang, 30 ekar di Keningau dan 100 ekar di Ranau.
Arqam juga mempunyai 92 buah kenderaan pelbagai jenis termasuk sebuah bas eksekutif dua tingkat dan 10 buah mitsubisi Pajero pacuan 4 roda. Mereka juga memiliki 33 buah bas ekspres dan 20 buah teksi di bandaraya Kuala Lumpur.
Darul Arqam juga mempunyai 417 projek ekonomi di seluruh Malaysia antaranya 56 buah kilang perusahaan, 20 buah pasar mini, 52 kedai runcit, 36 kedai buku dan alat ibadah, 21 kedai jahitan, 12 buah bengkel motor dan 18 buah restoran.
Dalam bidang penerbitan Arqam sudah punya 13 akhbar dan majalah dan 61 buah buku tulisan Ustaz Ashaari. Ketika itu kesemua penerbitan arqam menjadi rebutan. Majalah al Mukminah contohnya jualannya mencapai 120,000 naskhah sebulan. Kesemua akhbar dan majalah arqam dijual lebih 500,000 naskhah setiap bulan sebelum lesen penerbitan mereka dibatalkan.
Mereka juga mempunyai 10 buah poliklinik tidak termasuk klinik-klinik kecil disetiap perkampungan, 257 buah sekolah di seluruh Malaysia dan 11 buah di luar Negara iaitu 4 di Indonesia, 2 di Thailand, 2 di Singapura, 2 di Pakistan dan 1 di Australia. Bilangan pelajar seramai 9,541 orang dan guru 696 orang. arqam juga menghantar 320 orang pelajar keluar Negara. Ketika itu Arqam juga sedang membina universitinya sendiri di Pekan baru Indonesia.

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.