Penganjur Bersih 4 didesak minta maaf dalam tempoh 24 jam atau sedia tanggung kesan akibat perbuatan biadap peserta perhimpunan. |
Pemuda UMNO Bahagian Pekan mendesak penganjur perhimpunan Bersih 4 memohon maaf kerana perbuatan peserta perhimpunan itu yang memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketuanya, Shahruddin Ahmad berkata, perbuatan memijak gambar Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO adalah melampau, biadap dan provokatif.
“Jika tiada pihak dari entiti Bersih 4 tampil berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, bermakna kalian merestui dan bersubahat dengan perbuatan tersebut,” katanya dalam kenyataan media.
Sharuddin berkata, pihak penganjur juga perlu menyedari perbuatan yang tidak hormat sedemikian bakal mengheret persepsi dan memburukkan imej serta nama ‘bersih’ yang didukungi.
“Kami berlepas tangan, seandainya kemarahan yang sedang membakar kini kian marak dan membakar kamu jika enggan menyelesaikan keterlanjuran tersebut secara harmoni,” tegasnya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.