‘Lelaki Harapan Dunia’ Sapu Bersih Pencalonan #FFM27

‘Lelaki Harapan Dunia’ Sapu Bersih Pencalonan #FFM27

Filem Lelaki Harapan Dunia terbitan Everthing Film Sdn Bhd mendominasi senarai pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) apabila menerima 13 daripada 24 kategori yang diumumkan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).                                                                                                      

Filem arahan Liew Seng Tat menerima pencalonan dalam beberapa kategori utama termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penyunting Terbaik, Senimotografi Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman berkata, tahun ini sebanyak 140 pencalonan melibatkan 56 buah filem yang merangkumi 24 kategori termasuk kategori Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik dipertandingkan

Kategori filem Terbaik Dari Langit arahan Nik Amir Mustapha menerima 12 pencalonan diikuti oleh Manisnya Cinta Di Cappadocia 10 pencalonan, Amir & Loqman Pergi Ke Laut dan Dollah Superstar sebanyak 9 pencalonan.

“Manakala, Kami Histeria menerima 8 pencalonan, The Journey 6 pencalonan serta Cuak dan Hungry Ghost Ritual masing-masing menerima 4 pencalonan,” katanya kepada portal Murai.com.my

Selain itu, Dendam Orang Mati, Lagenda Budak Setan 3, Ophilia, Sejoli, The Cage masing-masing menerima tiga pencalonan.
Karya-karya yang layak berbanding adalah filem-filem yang telah ditayangkan dari Januari 2014 sehingga Disember 2014.

"Pencalonan kali ini lebih berkualiti dan banyak variasi, apa yang saya industri filem kita semakin berkembang dan tidak ditakuk lama.

 “Bagi memastikan ketelusan, kesemua keputusan akhir oleh pihak juri telah dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara untuk pengiraan skor dan pengesahan muktamad,” tambahnya lagi.

Malam perasmiam FFM27 akan diadakan pada 2 September depan di Symphony Lake Suite, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Manakala malam kemuncak Anugerah FFM27 pula akan diadakan di Dewan Plenary, KLCC pada 5 September depan jam 9 malam.

Artikel Ini Disiarkan Pada 5 Ogos 2015

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers