Nabila Huda Pusing Dunia Dalam Awak Kat Mana?

Nabila Huda Pusing Dunia Dalam Awak Kat Mana?

Kalau sebelum ini, Nabila Huda sering melancong serta menziarahi negara orang secara sendirian atau bersama teman, kali ini, aktres yang berbakat serta penuh berkaliber itu telah mengajak rakan-rakan artisnya untuk mengelilingi dunia dalam program kembara Awak Kat Mana yang berkonsep realiti game show.

Menampilkan 26 selebriti popular yang akan digandingankan secara berpasangan untuk membentuk 13 buah pasukan, Nabila akan membawa mereka mengembara ke 13 buah lokasi serata dunia seperti Brussel, Paris, Barcelona, Milan, Venice, Budapest, Vienna, Munich, Frankfurt serta banyak lagi untuk menyelesaikan tugasan misteri yang akan diberikan.

Dengan berbekalkan wang sebanyak USD10,000 berbentuk kad kredit serta sebuah jam randik, setiap pasukan terpaksa menyelesaikan tugasan misteri tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan tanpa dibenarkan membawa telefon bimbit peribadi di tangan.

Adakah mereka telah berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan itu? Jangan lupa saksikan Awak Kat Mana yang telah dijayakan barisan selebriti seperti Anzalna, Raja Ilya, Sherry Ibrahim, Chacha Maembong, Iqram Dinzly, Izzue Islam, Fattah Amin, Syazwan Zulkifly, Farish Aziz, Rahmat Mega, Syed Ali, Atu Zero, Saiful Zero, Ieda Moin, Nabil Mahir, Aedy Ashraf, Alam Wakaka, Harris Baba, Syahrul Ridzuan serta ramai lagi.

Awak Kat Mana bakal bersiaran di saluran ASTRO RIA (104) & ASTRO RIA HD (123) pada 13 Ogos 2015 setiap Khamis, bermula jam 9.30 malam.

Artikel ini disiarkan pada Selasa, 4 Ogos 2015.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers