Abby Abadi Bawa Jumpa Bakal Suami Pada Norman Hakim

Abby Abadi Bawa Jumpa Bakal Suami Pada Norman Hakim

Norman Hakim mendedahkan bekas isterinya, Abby Abadi pernah membawa bakal suaminya, Mohd Faizal Zakaria berjumpa dengannya sebelum ini.

Namun Norman Hakim berkata ketika dibawa berjumpa dengannya, Abby Abadi hanya memperkenalkannya sebagai rakan niaga biasa tidak lebih dari itu.

"Saya tahu mereka sudah berkawan sejak beberapa tahun yang lalu. Malah Abby sendiri pernah membawa bakal suaminya itu berjumpa dengan saya.

"Namun ketika dia bawa berjumpa saya, masa itu saya pun tidak tahu  mereka ada hubungan istimewa  tetapi yang saya tahu mereka hanya rakan niaga sahaja.

"Melalui perjumpaan itu, apa yang boleh saya katakan bakal suaminya seorang yang cool. Itu sahaja," katanya  kepada murai.com.my

Beberapa hari lalu, Abby Abadi menerusi saluran media  sosial Instagram telah mengumumkan  dia dan seorang duda, Mohd Faizal Zakaria,41, bakal bernikah pada 14 Ogos ini.

Bakal menghadiri hari bahagia Abby dan Faizal bersama isterinya, Memey Suhaiza, Norman berharap perkahwinan bekas isterinya itu kali ini akan kekal hingga ke akhir hayat.

"Saya dan Memey dari dahulu lagi memang sentiasa mendoakan kebahagiaan Abby. Malah, saya harap perkahwinan Abby kali ini kekal hingga akhirnya dan Faizal merupakan pilihan terbaik  untuknya," luahnya lagi.

Selepas perkahwinannya dengan Abby gagal dan berakhir pada 2008, bekas ahli kumpulan Elite itu telah berkahwin kali kedua dengan Noor Farhan Che Bakar yang 12 tahun lebih muda daripadanya.

Artikel ini disiarkan pada Khamis, 6 Ogos 2015

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers