Nabila Huda akui tidak pernah terfikir seumur hidupnya dapat bertentangan mata secara realiti dengan aktor hebat antarabangsa Tom Hanks ketika berada di Venice.
Nabila Huda berkata dia yang ketika itu berada di sana bagi menjayakan rakaman program terbaru Astro Ria (104) iaitu Awak Kat Mana tidak menyangka dapat berjumpa dengan pelakon idolanya Tom Hanks.
"Masa tu, saya dan kru sedang berehat di appartment. Saya terkejut dan teruja apabila diberitahu Tom Hanks sedang menjalani penggambaran filem berdekatan dengan appartment kami diami di Venice.
"Saya apa lagi, bila dapat tahu sahaja terus melompat, siap ala kadar dengan segera untuk keluar melihat Tom Hanks secara dekat.
"Sampai sahaja di hadapannya saya rasa bagai nak menjerit kegembiraan tapi malu pula bila lihat semua orang di situ macam tak endah saja dengan Tom Hanks. Saya perasan saya seorang sahaja yang teruja melihatnya.
"Terpegun seketika bila berada dekat degannya yang ketika itu sedang bergurau dan membuat lawak dengan kru. Saya sempat mengambil video merakam gelagatnya.
"Selepas tu sepanjang 2 hari juga saya asyik tersenyum dan tersengeh sebab bagai tak percaya dapat jumpa Tom Hanks depan depan mata saya sendiri. Banyak kali juga saya lihat kembali video yang saya ambil itu," katanya kepada murai.
Nabila Huda ditemui di pelancaran program terbaru yang dikemusikannya iaitu Awak Kat Mana di Avenue K, petang tadi.
Bercerita lanjut mengenai Awak Kat Mana, Nabila Huda beritahu dia amat gembira apabila diberi peluang mengendalikan program realiti tersebut yang mana membawanya ke 13 buah destinasi di Eropah.
"Saya memang suka melancong dan mengembara. Jadi bila diberi peluang untuk mengendalikan program ini saya memang tidak akan melepaskannya.
"Pun begitu, saya tidak keseorangan malah saya ditemani oleh 26 artis tempatan di kesemua tempat itu. Namun mereka akan diberi tugasan berbeza dalam setiap episod.
"Menariknya setiap pasangan yang menyertai program ini mereka tidak tahu dengan siapa mereka digandingkan dan ke negara mana mereka akan dicampak.
"Setiap tugasan adalah selama 5 jam. Jadi nak tak nak saya juga turut terjebak menemani mereka 5 jam setiap episod dengan hanya berjalan kaki.
"Banyak kejutan dan kejadian yang suspen berlaku yang saya rasa penonton perlu tonton setiap episod," jelasnya lagi.
Nabila Huda membawa 26 selebriti mengembara ke 13 buah lokasi berbeza serata Eropah seperti Brussel, Paris, Barcelona, Milan, Venice, Budapest, Vienna, Munich, Frankfurt serta banyak lagi untuk menyelesaikan tugas
Barisan selebriti yang terlibat adalah Anzalna, Raja Ilya, Sherry Ibrahim, Chacha Maembong, Iqram Dinzly, Izzue Islam, Fattah Amin, Syazwan Zulkifly, Farish Aziz, Rahmat Mega, Syed Ali, Atu Zero, Saiful Zero, Ieda Moin, Nabil Mahir, Aedy Ashraf, Alam Wakaka, Harris Baba, Syahrul Ridzuan serta ramai lagi.
Awak Kat Mana bakal bersiaran di saluran ASTRO RIA (104) & ASTRO RIA HD (123) pada 13 Ogos 2015 setiap Khamis, bermula jam 9.30 malam.
Artikel Ini Disiarkan Pada Rabu, 5 Ogos 2015
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.