Penerbit Puji Komitmen Pelakon dan Krew Produksi Memori Cinta Suraya

Penerbit Puji Komitmen Pelakon dan Krew Produksi Memori Cinta Suraya

Penerbit Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Muhd. Jiwa memuji komitmen barisan pelakon dan krew drama bersiri Memori Cinta Suraya. Bakal bersiaran sebanyak 148 episod, drama bersiri ini merupakan adaptasi daripada sebuah produksi di Mexico, A Love to Remember.

Penerbitan drama bersiri tersebut menggandingkan kerjasama tiga pihak iaitu Azteca, salah satu pengeluar rancangan televisyen Bahasa Sepanyol terbesar di dunia bersama Astro dan Global Station.

“Menerusi Memori Cinta Suraya, saya menggandingkan 30 orang artis yang mempunyai nama dalam industri hiburan. Setakat ini, penggambaran telah berlangsung selama setahun dan bakal tamat pada September ini,” kata Zaiton kepada Portal Murai.

Memilih barisan pelakon dan tenaga produksi yang senang memberikan kerjasama, Zaiton juga memastikan semua pihak yang terlibat dalam Memori Cinta Suraya memberi komitmen terbaik untuk drama bersiri ini.

“Saya harus memberikan kredit kepada barisan pelakon dan tenaga produksi yang terlibat dalam Memori Cinta Suraya kerana mereka langsung tidak menimbulkan masalah semenjak dari awal penggambaran sehingga ke hari ini. Mereka juga bekerja seperti satu keluarga besar,” kata Zaiton ketika ditemui di majlis rumah terbuka anjuran Global Station di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Memori Cinta Suraya menggandingkan bintang ternama seperti Anzalna Nasir, Hisyam Hamid, Miera Leyana, Afiq Muiz dan ramai lagi. Jangan lupa saksikan drama bersiri ini yang bakal keudara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 17 Ogos ini di Astro Bella dan Astro Mustika HD.

Kredit gambar: Harian Metro.
Artikel ini disiarkan pada Khamis, 6 Ogos 2015.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers