Maya Matahari Dah 6 Bulan Duduk Berasingan Dengan Suami

Maya Matahari Dah 6 Bulan Duduk Berasingan Dengan Suami

Maya Matahari atau nama sebenar Maya Ruslee mengakui sudah enam bulan tidak tinggal sebumbung  bersama suaminya, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz.

Menurut Maya status perkahwinnya bersama suami masih lagi tergantung dan  belum mempunyai kata putus.

"Sebenarnya kami berdua sudah tidak tinggal bersama sejak enam bulan yang lalu.

"Saya dan suami mengambil keputusan untuk tinggal berasingan buat sementara waktu kerana sudah tidak ada persefahaman antara kami.

“Mengenai status perkahwinan pula, ianya masih tergantung dan belum mempunyai kata putus lagi,” katanya ketika ditemui pada sidang media Teater Y Sebuah Muzikal di Istana Budaya pada Isnin.

Dalam pada itu, Maya yang juga dikenali sebagai Maya Matahari memberitahu dia tidak mahu terlalu memikirkan masalah hal rumah tangga dan ingin lebih fokus kepada kerjaya seninya.

“Bila umur dah makin meningkat saya rasa banyak benda yang saya belajar dan ambil yang positif sahaja. Saya tidak mahu berfikiran negatif sebab bagi saya apa yang berlaku itu mempunyai hikmah dan menjadikan saya seorang yang sangat tabah,” jelasnya.

Bagaimanapun Maya menolak dakwaan yang mengatakan masalah rumah tangganya berlaku adalah disebabkan orang ketiga.

“Tidak, kadang-kadang masalah yang datang itu tidak semestinya berpunca daripada pihak ketiga,” jelasnya pendek.

Maya yang telah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz sejak tahun 2009 itu bagaimanapun enggan bercerita lebih lanjut mengenai keretakan hubungan rumahtangga mereka dan lebih selesa untuk berdiam diri.

Sumber Astro Gempak

Artikel Ini Disiarkan Pada Khamis, 6 Ogos 2015

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers