Hafiz Suip Akui Dugaan Selepas Bertunang Lebih Besar

Hafiz Suip Akui Dugaan Selepas Bertunang Lebih Besar


KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2015: Pelantun lagu Bahagiamu Deritaku, Hafiz Suip, 25, menjelaskan yang selepas dia menjalinkan ikatan pertunangan dengan kekasihnya, Nureffy Jesreel Abdullah, 23, dugaan yang dihadapi mereka lebih besar. Hafiz dan Nureffy selamat bertunang di sebuah majlis indah yang diadakan di Kuching, Sarawak pada 27 Februari lalu.

“Saya akui, selepas menjalinkan ikatan pertunangan, dugaan yang kami hadapi lebih besar. Macam orang tua katakan, darah sedang manis. Di fasa inilah kami belajar mengenali diri masing-masing,” ujar Hafiz memulakan bicara.

Mula membiasakan diri memberitahu perkembangan diri masing-masing, Hafiz dan tunangnya kini sudah belajar untuk memaklumkan perkembangan harian mereka kepada pasangan masing-masing.

“Jika dahulu sebelum bertunang, saya sudah terbiasa keluar rumah bekerja atau melepak bersama kawan-kawan tanpa memberitahu dia. Kini selepas bertunang, apa-apa aktiviti pun saya beritahu dia. Begitu juga sebaliknya. Jika tidak dimaklumkan, perkara itu bakal menjadi isu, jadi ke mana-mana pun saya pergi, saya akan maklumkan, begitu juga dengan dia,” jelas Hafiz lagi.

Mengulas mengenai masalah yang berlaku selepas bertunang, penyanyi lagu Awan Nano ini mengakui wujudnya perkara tersebut namun segalanya diselesaikan dengan perbincangan.

“Dalam setiap perhubungan mesti ada masalah kecil yang berlaku. Mula-mula dahulu, rasa tertekan juga. Tetapi selepas difikir semula, kenapa tidak dibawa berbincang sahaja? Jadi jika ada sebarang perkara yang terjadi, kami akan mengambil pendekatan untuk berbincang sesama sendiri dalam menyelesaikan sebarang masalah,” ulas Hafiz.

Dalam perkembangan terbaru, kini Hafiz tampil bersama Adira dengan lagu duet terbaru yang berjudul Untuk Cinta. Lagu tersebut merupakan lagu duet kedua mereka selepas lagu Ombak Rindu yang popular sekitar empat tahun lalu. Lagu Untuk Cinta dijadikan lagu runut bunyi untuk filem terbaru terbitan Astro Shaw dan Tarantella Pictures, Pilot Café arahan Osman Ali yang bakal menemui penonton di layar lebar bermula 30 April 2015.

Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers