Bila Masa Pulak Ziana Zain Pecat Pengurusnya Secara Mengejut Nie?

Bila Masa Pulak Ziana Zain Pecat Pengurusnya Secara Mengejut Nie?


KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2015: Penyanyi popular Ziana Zain membuat pendedahan serta menafikan yang dirinya pecat pengurusnya Lisa Aryanti Tahir secara mengejut.

Keputusan dibuat atas dasar profesional dan tiada percanggahan pendapat mahupun selisih faham seperti mana yang digembar-gemburkan.

“Saya dah tidak bekerjasama dengan Lisa sejak 3 bulan yang lalu, walaupun kami tidak lagi berurusan, kami tetap keluar bersama untuk minum-minum kopi dan sebagainya untuk melepaskan kerinduan.

“Lisa banyak memberi sumbangan terhadap karier nyanyian saya selama ini, kami dah mengenali serta memahami antara satu sama lain amat mendalam, kalau ada khabar angin mengatakan kami berselisihan faham, itu tidak benar,” kata Ziana kepada Hlive.

Dalam pada itu, aktiviti nyanyian Ziana tidak terhenti malah telah diuruskan oleh adiknya sendiri iaitu Alin.

“Alin akan uruskan jadual nyanyian saya dan sebagainya, jadi selepas ini kepada sesiapa yang mahu berurusan dengan saya, bolehlah hubungi Alin.

“Jadi saya mohon, spekulasi yang mengatakan Lisa diberhentikan secara mengejut tidak lagi berlarutan dan saya berharap kerjaya saya dalam bidang hiburan berjalan seperti biasa, Inshaa-Allah,” ujarnya mengkahiri perbualan.

iskandarX: Akak Ziana dah cakap di tak pecat bekas pengurusnya Alin secara mengejut so harap pihak lain faham dan tak manupulatekan isu nie.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers