Emma Maembong Bela Harimau Nafi Bakal Isteri Zizan Razak

Emma Maembong Bela Harimau Nafi Bakal Isteri Zizan Razak
Harimau Nie Jinak Tu Yang Emma berani pengang

Sumber Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2015: Berita tentang pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak yang mengumumkan dia bakal berkahwin Jun ini nyata memberi kejutan kepada ramai pihak.

Ditambah lagi dengan kenyataan dari Zizan sendiri yang menyatakan dia bakal berkahwin dengan gadis sekampung, perkata itu telah menimbulkan spekulasi bahawa dia bakal mengahwini bekas kekasihnya, Emma Maembong yang juga turut berasal dari Terengganu

Namun menerusi laporan Utusan Malaysia semalam, aktres tersebut telah menafikan spekulasi tersebut dan berharap dia tidak lagi dikaitkan dengan pelawak itu.

Menurut Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, selepas hubungan cinta mereka berakhir pada hujung tahun lalu, dia tidak berhasrat untuk kembali semula sebagai kekasih Zizan meskipun sentiasa mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu.

“Maaf bukan saya wanita yang akan berkahwin dengan Zizan. Saya dengar juga dia akan berkahwin Jun ini dan sudah tentu saya gembira untuk dia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Malah, dia juga percaya Zizan cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri dan yang terbaik buatnya.

“Soal jodoh saya fikir bukan kita yang menentukannya. Sama seperti orang lain, saya juga mahu sampaikan ucapan tahniah buat dia dan bakal isteri,” kata Emma.

iskandarX: Harimau betul ker harimau patung nie Emma? Errmmm, nakal Emma nie.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers