KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2015: Pelakon drama bersiri Teman Lelaki Upahan, Siti Elizad Sharifuddin, 31, selamat bernikah dengan seorang duda anak dua, Shamsul Baharin Rahman, 43, dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup pada 11 Januari lalu di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
Majlis resepsi Elizad dan Shamsul pula berlangsung dengan meriah di The Sacred Garden, Kuala Lumpur pada 11 April lalu. Menghubungi Elizad Sharifuddin menerusi kiriman Whatsapp, aktres tinggi lampai ini mendedahkan yang dia rapat dengan anak-anak tirinya.
“Anak-anak sangat selesa dengan saya kerana saya baik dengan dan rapat dengan mereka. Seorang berumur 9 tahun, seorang lagi berusia 12 tahun.
"Saya menggunakan pendekatan berbeza dengan mereka. Saya melayan mereka sama seperti saya melayan kawan-kawan. Sebenarnya, saya lebih rapat dengan anak-anak berbanding ayah mereka,” dedah Elizad ketika dihubungi oleh Portal Murai.
Ketika ditanya mengenai majlis resepsi mereka, Elizad meluahkan kesyukuran kerana semuanya berjalan dengan lancar. Bercakap mengenai bulan madu, Elizad dan suami masih belum merancang untuk ke mana-mana kerana sibuk dengan jadual kerjaya masing-masing.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira majlis resepsi telah pun selesai. Bercakap mengenai bulan madu, kami masih belum merencana apa-apa perancangan kerana masing-masing sibuk dengan jadual kerja. Malahan hari ini saya telah pun kembali ke set penggambaran,” kata Elizad yang dihubungi semalam.
Mengulas soal perancangan untuk menimang cahaya mata, pelakon drama bersiri Jiwa ini ada perancangan untuk menimang dua orang cahaya mata dan mahu mendapat zuriat selepas usia dua tahun perkahwinan.
“Saya mahu dua orang anak. Kalau boleh saya mahu menimang anak selepas setahun atau dua tahun berkahwin, tetapi jika ada rezeki untuk menimang anak dalam kadar segera, saya tidak menolak perkara tersebut dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan,” ujarnya lagi.
Memberi komen mengenai majlis pernikahan antara dirinya dan Shamsul yang berlangsung secara rahsia dan tertutup sehinggakan ada dakwaan yang mengatakan dia cuba menipu peminat kerana mendiamkan perkara tersebut hampir tiga bulan, Elizad menjelaskan yang keputusan itu dilakukan adalah kerana menghormati perminataan bapanya.
“Soal menipu peminat? Saya tak pernah rasakan yang saya popular sehingga ada peminat. Soal majlis pernikahan tersebut, ianya dilakukan secara tertutup adalah kerana menghormati keputusan bapa saya. Keluarga merupakan keutamaan saya, sampai bila-bila.
"Semenjak dahulu lagi saya sangat rapat dengan keluarga, jadi apa sahaja yang mereka aturkan, saya akan turutkan dan dahulukan. Saya sudah selamat pun bernikah dengan suami saya dan berharap agar perkara ini tidak menjadi isu lagi. Saya mohon semua pihak agar mendoakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga,” ujar Elizad mengakhiri perbualan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.