Kerana Salah Sebut Nama, Piolo Pascual & Fazura Akrab?

Kerana Salah Sebut Nama, Piolo Pascual & Fazura Akrab?


KL,13 APRIL 2015: Digandingkan bersama ketika menyampaikan anugerah di Asean International Film Festival and Awards (AIFFA) ke dua yang berlangsung hujung minggu lalu di Kuching, Sarawak, Fazura dan aktor hot dari Filipina, Piolo Pascual mencuri perhatian dek telatah mereka ketika menyampaikan dua anugerah yang dipertandingkan.

Bermula dengan kesalahan Piolo yang menyebut nama Fazura sebagai Faruza, namun aktor tersebut sempat memperbetulkan kesalahannya dengan memuji aktres itu. Menurutnya, selepas tiba di Kuching, dia ternampak komersial ubat gigi yang menampilkan Fazura sambil memuji kecantikan aktres tersebut.

Selepas itu, hos AIFFA pada malam itu, Tony Eusoff juga telah mengusik dan mengatakan bahawa gandingan Fazura dan Piolo tampak serasi bersama. Perkara ini berlarutan daripada hadirin yang hadir sehingga peminat yang melihat foto mereka di dalam Instagram.

Namun, melalui sumber-sumber yang didengar, pasangan yang baru bertemu ini seperti tidak berenggang dan menghabiskan waktu sebelum pulang bersama selepas acara anugerah berakhir.

Melalui foto yang beredar di Instagram, para peminat nampaknya gembira melihat gandingan mereka berdua ini dan tak kurang juga ramai yang inginkan pasangan ini menjalinkan hubungan bersama. Masing-masing pun sememangnya masih solo dan tidak dikaitkan dengan mana-mana individu.

Kepada mereka yang mungkin tidak mengenali siapa Piolo Pascual, dia merupakan aktor, pemuzik, model dan produser. Dia yang kini berusia 38 tahun memiliki seorang anak, Inigo Dominic Lázaro Pascual, yang kini berusia 18 tahun.

Aktor ini menjadi kegilaan dek ketampanan wajahnya yang mencuri ribuaan hati wanita yang meminati Piolo. Kehadiran aktor ini turut ditemani selebriti senegaranya yang terkenal menerusi rancangan realiti It Takes Gut To Be A Gutierrez yang terdiri daripada Sarah Lahbati, Raymond dan Richard Gutierrez.

Sebagai salah seorang bintang di saluran E! Asia, Fazura dikatakan menghabiskan masa usai majlis penganugerahan berakhir dengan barisan bintang realiti Filipina itu dan ia turut ditemani Piolo sekali.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers