Awal Ashaari Jalani Fisioterapi Dua Kali Seminggu

Awal Ashaari Jalani Fisioterapi Dua Kali Seminggu


KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2015: Selepas terlibat dalam kemalangan pada 29 Mac yang lalu, pengacara dan pelakon Awal Ashaari kini menjalani rawatan fisioterapi sebanyak dua kali seminggu.

Awal dan rakannya, Izuan Mokhtar terlibat dalam sebuah kemalangan ketika mereka dalam perjalanan untuk menuju ke Melaka.

Tujuan Awal ke sana adalah kerana untuk mengacarakan rancangan hiburan Melodi yang bersiaran secara langsung di tapak Jom Heboh.

 “Alhamdulillah, syukur kerana saya terselamat dalam kemalangan tersebut. Saya masih belum boleh lagi memandu kereta semula namun kini keadaan saya semakin beransur pulih.

Saya menjalani rawatan fisioterapi sebanyak dua kali seminggu sehingga saya benar-benar sihat sepenuhnya,” ujar Awal yang ditemui di majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan di sebuah restoran yang terletak di Publika pada Ahad lalu.

Di majlis tersebut, Awal sekeluarga turut mengundang anak-anak yatim dari Maahad Tahfiz Al Mustaqim, Paya Jaras selain kehadiran keluarga dan kenalan rapat.

Mendedahkan cerita di sebalik kejadian, Awal pada mulanya mahu memandu secara bersendirian ke Melaka tanpa ditemani oleh Izuan.

 “Pada awalnya, saya mengajak Izuan untuk menemani saya ke Melaka. Pagi kejadian itu, saya sudah bersiap dan menghubungi dirinya, namun dia baru sahaja bangun dari tidur.

Dek kerana itu, saya terfikir untuk pergi sendiri sahaja ke Melaka. Namun apabila saya menghidupkan sahaja enjin kereta, saya berubah fikiran semula dan terus membawa kenderaan saya ke rumah Izuan dan mengajak Izuan untuk sama-sama ke Melaka,” kata Awal yang tidak putus-putus memanjatkan rasa syukur kerana terselamat dari tragedi itu.

 Masih belum boleh memandu, Awal kini menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke tempat kerjanya. Pelakon filem Syurga Cinta ini juga terfikir untuk mencari seorang pemandu untuk membawa dirinya ke lokasi yang ingin ditujui.

 “Sementara ini, isteri saya Scha Alyahya membawa saya untuk ke mana-mana sahaja. Jika Scha terikat dengan jadual kerja, saya menggunakan perkhidmatan teksi.

Saya juga ada terfikir untuk menggunakan perkhidmatan pemandu buat sementara waktu untuk membawa saya ke mana-mana sehingga saya benar-benar boleh memandu,” ujar Awal mengakhiri perbualan.

iskandarX: Semoga Awal Ashaari sembuh dengan segala selamat segala sihat segala afiat dalam tempoh terdekat ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers