Uji Rashid Pernah Terlepas Cakap, Bimbang Sharifah Aini Terasa

Uji Rashid Pernah Terlepas Cakap, Bimbang Sharifah Aini Terasa


Uji Rashid pernah terlepas cakap, bimbang Sharifah Aini terasa bercerita mengenai kenangan yang tinggal diantara dia dan Kak Pah yang juga merupakan penyanyi pujaannya.

KL, 23 JULAI 2014: Menyusuri semula era pada tahun 70’an menyaksikan kebangkitan dua penyanyi wanira yang saling mengagumi antara satu sama lain iaitu arwah Datuk Sharifah Aini dan Uji Rashid.

Masing-masing berasal daripada Kuala lumpur dan Singapura, Uji atau nama sebenarnya Fuziah binti Haroun al Rashid memberitahu bahawa dia merupakan peminat setia penyanyi itu.

Uji Rashid Pernah Terlepas Cakap, Bimbang Sharifah Aini Terasa


Dua pesaing hebat didalam industri yang sama ini akhirnya bertukar menjadi sahabat yang difahamkan oleh Uji sebagai rapat. Pertalian ini berterusan sehinggalah biduanita negara itu meninggalkan kita semua pada 5 Julai yang lalu kerana komplikasi paru-paru yang dihadapinya.

“Perangai dia (Sharifah Aini) saya dah faham sangat dah kerana kami memang rapat sejak dulu lagi. Antara kenangan bersama dia adalah bila ketika dia senyap dan tidak dapat dihubungi, saya akan pergi terus kerumah dan memaksa dia membuka pintu,” biduanita itu gemar mengusik Uji dengan menipu dan berkata dia sedang berada di hospital jika tiba-tiba senyap tanpa khabar.

Selain daripada merasa kehilangan, pasangan duet Hail Amir ini membuat pengakuan dia pernah terlepas cakap mengenai hal berkaitan konsert 3 diva yang melibatkan dia, biduanita Sharifah Aini dan juga Khaty Ibrahim itu.

“Ketika itu kami sedang berbincang mengenai status pengajuran konsert 3 diva yang belum menemukan tarikh yang sepatutnya diadakan. Bersama wakil daripada penaja saya menyuarakan kata yang pedas namun akhirnya ia menjadi memori buat saya.

“Saya menyindir penganjur: “Nak tunggu salah seorang daripada kami mati dulu baru nak tetap tarikh konsert?” antara sindiran saya apabila pihak penganjur sukar untuk memberikan kata putus mengenai status konsert itu.

“Tetapi sebaliknya kata-kata itu kini menjadi kenyataan pula dan saya terasa bersalah kerana pernah berkata demikian,”cerita Uji Rashid atau lebih mesra dipanggil kak Uji bercerita mengenai kenangan yang tinggal diantara dia dan Kak Pah yang juga merupakan penyanyi pujaannya.

Uji Rashid ditemui di majlis amal berbuka puasa dan sumbangan sempena Aidilifitri dengan anak-anak yatim yang diadakan di Anggerik Mall, Shah Alam pada hujung minggu lalu. Pasangan duetnya, Hail Amir turut kelihatan menyampaikan bantuan dan sumbangan pada acara yang dianjurkan oleh MARA Selangor bersama butik pakaian Qaidhany yang selama ini menaja pakaian Uji Rashid.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers