Amylea Anggap Peluang Nyanyi Lagu Iklan Petronas Satu Penghormatan!
Amylea anggap peluang nyanyi lagu iklan Petronas satu penghormatan, iklan Petronas yang kita sememangnya tahu iklan mereka sangat memberikan kesan dan menyentuh perasaan.
KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2014: Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 3, Amylea Azizan akui amat berbesar hati apabila diberi peluang untuk melibatkan diri dalam iklan Petronas yang berjudul 'Ke Pangkuan Bonda' sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Menurut Amylea, dia berasa amat berbesar hati kerana diberi peluang bekerjasama dengan syarikat Petronas untuk menyanyikan lagu berjudul 'Suasana Hari Raya' dalam iklan raya terbaru syarikat tersebut.
“Selama tujuh tahun saya terlibat dalam menyanyikan lagu-lagu iklan yang lain baik jenama baharu atau lama namun untuk Petronas ini adalah yang pertama.
“Saya berasa berbesar hati kerana diberi peluang untuk terlibat dalam menjayakan iklan Petronas yang kita sememangnya tahu iklan mereka sangat memberikan kesan dan menyentuh perasaan.
“Sebelum ini kita hanya tengok dan lihat sahaja tetapi bila dah jadi sebahagian daripada iklan tersebut, perasaan saya gembira,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak melalui aplikasi Whatsapp.
Ketika ditanya mengenai lagu dan juga gubahan muzik dalam iklan tersebut, Amylea berkata semuanya dipilih oleh agensi yang dilantik oleh syarikat tersebut.
“Lagu itu memang saya nyanyikan sendiri cuma dari segi ‘arrangement’ lagu tersebut dibuat oleh agensi yang dilantik oleh Petronas sendiri,” jelasnya pendek.
Dalam perkembangan lain, gadis berusia 28 tahun ini juga turut menjadi guru vokal di sekolah Bukit Damansara, Bangsar.
“Alhamdulillah dah dua tahun saya mengajar di sana dan saya mengajar untuk dua kelas… Yang pertama adalah kelas Koir di mana baru-baru ini telah memenangi anugerah emas di Hong Kong.
“Manakala kelas yang satu lagi adalah untuk ‘action song’ di mana ia telah mendapat tempat kedua dalam sebuah pertandingan peringkat Zon dan seterusnya akan ke peringkat negeri.
“Saya juga berharap ia dapat mengulangi kejayaan tahun lepas di mana mereka berjaya menang sehingga ke peringkat kebangsaan.” ujarnya.
Amylea juga kini sibuk dengan undangan nyanyi selain baharu sahaja selesai menerbitkan lagu untuk drama ‘Misiku Kuza 2’ dan lagu baru Sabhi Saddi bersama Nieyl Mentor yang dijangka keluar selepas raya.
Jom kita lihat iklan dan dengar suara merdu Amylea untuk iklan tersebut di bawah:
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.