Angah Dan Bob Ditipu Berulang Kali Hasilkan Jenama Baju ROB
Angah dan Bob ditipu berulang kali hasilkan jenama baju ROB hasil cetusan idea Angah (Raja Lawak) dan Pengarah Filem Box-Office Ismail Bob Hashim memberi nafas lega kepada pelanggan yang bersaiz besar.
KUALA LUMPUR 23 JULAI 2014 – Republic Of Big (ROB) jenama pakaian tempatan terbaru hasil cetusan idea Angah (Raja Lawak) dan Pengarah Filem Box-Office Ismail Bob Hashim memberi nafas lega kepada pelanggan yang bersaiz besar.
“ROB mensasarkan penjualannya kepada pelanggan yang bertubuh besar bagaimanapun saiz yang kecil turut dijual iaitu saiz ROB bermula pada saiz S hingga XXXXXXL," kata Bob Hashim di Majlis Pelancarannya di Saloma Bistro.
Republic Of Big (ROB) cetusan idea Angah (Raja Lawak) dan Pengarah Filem Box-Office Ismail Bob Hashim. |
Menurutnya lagi, idea ini sudah lama difikirkan sejak 4 tahun yang lalu tetapi disebabkan kesibukan pengambaran dan hal-hal lain ia terpaksa ditangguhkan sehingga waktu dan masa yang sesuai.
“Ramai di kalangan pelakon mempunyai tubuh yang besar dan kadang kala untuk melakukan sesi pengambaran saiz baju mereka tiada untuk digayakan, maka dari situ timbullah idea untuk menubuhkan jenama ROB ini, “ ujarnya lagi.
Dalam pada itu, rakan kongsi ROB iaitu Angah sangat teruja dengan pelancaran jenama ini dan berharap ia akan dapat sambutan yang hangat oleh semua pelanggan termasuk peminat-peminatnya.
“Kami juga menghadapi kesukaran sebelum terjun ke dunia perniagaan tekstil ini, kami pernah ditipu beberapa individu yang dikatakan pakar tekstil, Alhamdulilah akhirnya kami berjaya menghasilkan jenama ini,” kata Angah.
Sebagai permulaan ROB mempunyai butik di Johor Bahru dan kilang sendiri di Botong Tanjung, Bandung, Indonesia dengan nilai kos kesemuanya melebihi RM 1 Juta.
“ROB juga akan dibuka outlet barunya di Lembah Klang dan berkemungkinan outlet itu di Shah Alam memandangkan kerana kuasa pembeli di sana agak memberangsangakan,” katanya.
ROB dijual dengan harga serendah RM49.90 sehingga RM159.90. Selain butik di Johor Bahru, pelanggan juga ingin mendapatkan koleksi ROB menerusi online di www.rob.com.my.
Selain itu ROB juga menyediakan carta ukuran dalam online. Pelanggan hanya perlu tahu ukuran dan rujuk pada carta yang disediakan untuk mengetahui saiz mereka.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.