Studio Pinewood Iskandar Malaysia Dibuka Secara Rasmi!

Studio Pinewood Iskandar Malaysia Dibuka Secara Rasmi!

Studio Pinewood Iskandar Malaysia Dibuka Secara Rasmi!


NUSAJAYA, 18 JUN 2014: Studio bertaraf dunia, Pinewood Iskandar Malaysia Studio (PIMS) pada Sabtu dibuka dengan rasminya dimana ia bakal menyediakan pelbagai kemudahan dan teknologi pembuatan filem dan rancangan televisyen.

Studio yang bernilai RM550 juta itu dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Nusajaya.

Pengarah PIMS, Datuk Mohd Badlisham Ghazali berkata, kehadiran PIMS akan menjana idea kreativiti dalam pembuatan filem disamping membuka lebih 1,700 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Optimis kewujudan studio berkenaan akan mampu memberi limpahan dalam sektor lain seperti perhotelan dan logistik, pihaknya merancang akan memperluaskan Pinewood dalam tempoh lima tahun akan datang.

Kemudahan bersepadu bertaraf dunia kita akan membentuk wilayah Iskandar dan Malaysia sebagai sebuah persekitaran penerbitan antarabangsa bagi multimedia. Pengaliran masuk penerbitan antarabangsa akan menarik perpindahan banyak syarikat media bertaraf dunia ke Malaysia,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pinewood Iskandar Malaysia Studio di Nusajaya.

PIMS yang berkeluasan 50 ekar itu turut menyediakan 100,000 kaki persegi pentas untuk membuat filem dan 24,000 kaki persegi studio televisyen.

Selain menyediakan fasiliti pasca produksi, bilik persalinan dan bilik solekan serta tangki air untuk pengambaran filem turut disediakan.

PIMS yang siap sepenuhnya pada Disember 2013 kini rancak menjalankan penggambaran untuk siri televisyen, Marco Polo yang merupakan filem pertama dibuat di situ.

“Siri 10 episod yang membawa babak-babak peperangan dan seni mempertahankan diri itu akan ditayangkan buat kali pertama di AS dalam suku pertama tahun ini. Ia akan melibatkan perbelanjaan dalam negeri sebanyak RM100 juta," kata Mohd Badlisham.

iskandarX: Lepas nie Artis-artis semua yang kat Malaysia akan di gelar Pinewood Celebrity, takpun Pinewood Star.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers