Hazama Idamkan Persembahan Solo Di Hard Rock Cafe
KUALA LUMPUR, 17 JUN 2014: Penyanyi yang popular dengan lagu Panglipur Lara dan Juara AF9, Hazama berkata dia mengidamkan persembahan solo atau showcase di Hard Rock Cafe dan yakin itu antara impiannya yang mungkin akan tercapai.
“Saya memang terfikir dan mahu bikin showcase di situ namun saya kena perlengkapkan diri dengan lagu, album dan “material” yang cukup sebelum melangkah ke arah itu,” kata Hazama di Majlis Sidang Media Platform Digital Komprehensif Piala Dunia 2014 di Astro Broadcast Centre.
Menurutnya, kebanyakkan peminat atau pun penonton sudah lali dengan konsert atau showcase yang percuma tetapi itu semua tidak mematahkan semangatnya untuk berkarya dengan lebih baik.
“Kalau nak buat showcase, peminat perlu bayar dan saya haruslah memberi persembahan yang terbaik setimpal dengan bayaran yang dikenakan oleh mereka, " katanya.
Hazama juga bakal membuat persembahan bersama Hafiz di Hard Rock Café Melaka pada 22 Jun ini iaitu ‘Hafiz And Friends Live Showcase”.
“Dalam showcase ini, saya hanya membantu Hafiz dan akan menyanyikan lagu secara trio bersama Akim, saya yakin persembahan kami memberikan satu kepuasan kepada peminat,” ujarnya.
Hazama juga menyifatkan showcase ini sebagai batu loncatan kepada dirinya sebelum beralih ke showcase sendiri. Peluang ini juga beliau tidak akan sia-siakan dan secara jujur Hafiz mempunyai peminat yang ramai.
Kepada orang Melaka mahupun di seluruh negara, ini peluang anda untuk menonton Showcase meraka bertiga yang julung kali diadakan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.