Perkenalkan Lapan Artis Baru, Bukti Alibi Belum Terkubur

Perkenalkan Lapan Artis Baru, Bukti Alibi Belum Terkubur

Perkenalkan Lapan Artis Baru, Bukti Alibi Belum Terkubur


KUALA LUMPUR, 18 JUN 2014: Pengarah Urusan Alibi Music, Ferhad Ahmad menafikan dakwaan setengah pihak yang menganggap syarikat rakamannya itu sudah lama terkubur.

Sebaliknya, Ferhad menjelaskan Alibi Music dilihat seolah-olah sudah tidak beroperasi selepas terpaksa mengecilkan operasi disebabkan krisis ekonomi dan kelembapan industri hiburan tempatan sekitar tahun 2012.

“Ketika pembukaan syarikat rakaman ini, kami bermula dengan 18 orang artis dengan melancarkan puluhan album, single dan  klip video artis-artis terkenal.

“Namun dua tahun kebelakangan ini, perniagaan agak suram dan industri muzik mengalami penurunan digital download jadi kami terpaksa downsize dan restructure syarikat kami. Walau bagaimana pun tahun lalu kami sempat rilis beberapa single dan satu mini album ketuhanan dari Muadz, terbitan Noe dari kumpulan Letto.

"Kami akui, disebabkan perkara itu juga orang ramai ingat Alibi sudah berkubur dan tidak beroperasi lagi, sebaliknya kami masih aktif biarpun tidak seperti dahulu,” katanya  kepada murai.com.my ketika ditemui pada majlis Bersama Bintang Alibi Music di Universiti Malaya, semalam.

Pada majlis tersebut, Alibi memperkenalkan seramai lapan orang artis baharu yang bernaung bawah syarikat rakaman tersebut.

Antaranya ialah Mafarikha Akhir, Lokman Aslam, Ayish Mentor, FMG, Muadz, Andy Merican, Delisha dan Wana.

Ferhad berharap acara memperkenalkan artis baru itu akan membuktikan yang Alibi sebenarnya masih beroperasi malah menlahirkan ramai bintang yang boleh mewarnai hiburan muzik tanah air.

“Memang kami harap, lebih ramai pihak menyedari syarikat kami masih beroperasi apabila kami memperkenalkan penyanyi-penyanyi baru yang punya bakat sangat besar.

“Kami yakin penyanyi-penyanyi ini boleh pergi jauh kerana mereka bukan asahaj artis rekoding malah mampu membuat persembahan live selain ada yang mempunyai bakat dalam bidang mencipta lagu ,” jelasnya lagi.

Sebahagian artis baru yang diperkenalkan itu, turut membuat persembahan di majlis tersebut.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers