Nora Danish Berbicara Tentang Cinta, Pengantin & Instagram

Nora Danish Berbicara Tentang Cinta, Pengantin & Instagram

Nora Danish Berbicara Tentang Cinta, Pengantin & Instagram


KUALA LUMPUR, 17 JUN 2014: Aktres Nora Danish baru-baru ini telah meraih populariti luar biasa di laman sosial Instagram kerana menjadi artis dengan jumlah pengikut tertinggi iaitu iaitu melebih 800,000 orang.

Menariknya, faktor jumlah pengikut yang ramai itu mungkin berpunca dari Nora yang sering memuatkan gambar-gambar aktiviti hariannya termasuklah ketika penggambaran dan juga semasa melancong ke luar negara.

Dia juga tidak menyembunyikan hubungannya dengan Nedim Nazri iaitu anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz apabila turut memuat naik gambar mereka bersama.

Terbaru, timbul persoalan apabila Nora memuatnaik sebuah foto di Instagram miliknya mengajak seorang individu yang sering menyindirnya agar bersemuka. Siapakah individu tersebut? Apa komen Nora mengenai isu ini? Sudah pasti persoalan akan ditanyakan kepada Nora apabila dia hadir sebagai tetamu program MeleTOP pada malam ini.

Kehadiran Nora adalah untuk mempromosikan filem terbaru lakonannya bersama Farid Kamil iaitu Pengantin Malam. Sebut pasal pengantin, tidak teringinkan Nora untuk kembali bersanding di jinjang pelamin? Itu juga persoalan yang harus dijawab Nora pada malam ini.

Selain Nora Danish, pengacara hebat tanah air iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi turut akan bersama Nora Danish untuk mempromosikan program Ceria Popstar 2 yang akan memasuki pentas akhir pada hari Jumaat nanti. Dua personaliti hebat ini turut akan berkongsi pelbagai cerita menarik selain perkembangan terbaru mereka khas buat para penonton.

Tidak terlepas kehadiran kumpulan muzik yang telah mencipta nama di Malaysia iaitu Nidji yang baru sahaja tampil dengan album terbaru mereka. Apa yang menarik tentang album terbaru mereka? Dan adakah mereka bakal buat persembaha secara langsung malam ini?

Nak tahu lebih lanjut, jangan lupa untuk menonton program MeleTOP yang dihoskan oleh Nabil dan Neelofa malam ini bermula jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers