Siasatan Kes Skandal Adi Putra Mungkin Dibuka Semula?
KUALA LUMPUR, 18 JUN 2014: Sekitar September tahun lalu, pelakon Adi Putra dilanda kontroversi apabila dia dikatakan telah menjalin hubungan sulit dengan isteri orang yang bernama Nooraida Abdul Mutalib. Kontroversi itu kemudiannya menjadi medium utama perbualan orang ramai.
Berikutan kontroversi itu, suami kepada Nooraida ketika itu iaitu Amiruddin Othman telah membuat laporan polis kerana mendakwa Adi Putra telah mengganggu rumahtangganya. Bagaimanapun pada 12 Disember lalu, Adi telah mengumumkan isunya itu dan penyebaran foto sensualnya sebagai No Further Action (NFA) atau bermaksud tiada tindakan selanjutnya daripada pihak polis.
Pihak Nooraida dan suaminya ketika bagaimanapun tetap mahu membuktikan pelakon itu bersalah. Malah Nooraida dan Amiruddin yang mana ketika itu meraka masih berkahwin telah membuat laporan tatatertib di Bukit Aman kerana meragui sikap profesional pegawai yang menyiasat kes berkenaan.
Meskipun telah membuat pengesahan kepada media yang mereka telah bercerai selepas itu, Amiruddin nampaknya masih mahu keadilan bagi pihak dia dan bekas isteri tetap diperjuangkan.
Di pihak Adi Putra pula, aktor itu terus tidak mempedulikan perkara itu kerana yang pasti menerusi pengesahan rasmi daripada pihak polis, dia sudah bebas dari sebarang tindakan seterusnya.
Kini selepas enam bulan kes tersebut berlalu, semalam Amiruddin telah memuat naik sekeping foto di Instagram menunjukkan keratan surat rasmi dari Bukit Aman. Difahamkan, pegawai polis yang dikatakan bersubahat itu telah dikenakan tindakan tatatertib.
Dalam erti kata lain ketika, peguam yang mewakili Nooraida dan bekas suaminya dalam menentang Adi Putra akan memohon untuk membuka semula siasatan kes ini.
iskandarX: Hermm ada can nie aida tengah single....hehehee.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.