Irma Hasmie Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

Irma Hasmie Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

Irma Hasmie Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan


KUALA LUMPUR, 18 JUN 2014: Pelakon dan pengacara TV Irma Hasmie memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana bakal menimang cahaya mata yang kedua iaitu bayi perempuan dan dijangka bersalin pada 18 Julai depan.

“Saya yang paling teruja kerana memang mengimpikan anak perempuan maka dengan keizinan-Nya lengkaplah keluarga saya,” ujarnya dalam majlis sidang media pelancaran Program Ramadan TV-Al Hijrah di PWTC.

Menurutnya, doktor yang mengesahkan yang dia dan suami Reza Syah Azmeer bakal menimang bayi perempuan setelah membuat beberapa kali imbasan bersama doktor tersebut.

“Pada mulanya saya agak resah kerana setiap kali membuat imbasan, saya dan suami masih belum nampak apa jantina bayi saya, dan Alhamdulilah imbasan itu akhirnya berjaya mengesan jantina bayi saya ini,” katanya.

Buat masa ini, Irma masih lagi aktif menjadi pengacara bual bicara Assalammualaikum walaupun sedang sarat hamil. Dia juga teruja menyambut kehadiran orang baru namun segala persiapan dibuat secara sederhana.

“Barangan milik Irfhan masih lagi elok dan saya hanya membeli beberapa keperluan seperti baju bayi perempuan dan barang-barang keperluan yang lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain Irma berkata, bersempena kedatangan bulan Ramadan dan Syawal dia turut mengambil kesempatan untuk menjual pakaian Muslimah yang direkanya sendiri.

Jelas Irma, koleksi yang diberi nama Debumas itu akan dijual menerusi laman Instagram miliknya bermula 1 Ramadan depan.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers