Mamat Khalid: Keselamatan Keluarga Lebih Penting Daripada Material

Mamat Khalid: Keselamatan Keluarga Lebih Penting Daripada Material

Mamat Khalid: Keselamatan Keluarga Lebih Penting Daripada Material


KUALA LUMPUR, 19 JUN 2014: Susulan mengenai rumah pengarah filem Zombi Kilang Biskut, Mohammad Mohd Khalid atau Mamat Khalid yang di rompak pagi tadi (Rabu) di Ipoh, Mamat berkata dia bersyukur kerana ahli keluarganya tidak diapa-apakan.

“Syukur Alhamdulillah isteri dan anak-anak saya tidak diapa-apakan…Apabila isteri memaklumkan perkara itu kepada saya, hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu.

“Masa isteri beritahu kepada saya selepas Subuh tadi, saya baru selesai shooting. Saya tidak berada disisi mereka ketika kejadian tetapi apabila mendengarkan mereka selamat, saya lega.

“Biarlah mereka ambil barang-barang tersebut. Keselamatan keluarga saya lebih berharga dari kehilangan material,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Kata Mamat lagi, ketika kejadian kesemua ahli keluarganya sedang tidur di bilik atas rumah dan mereka hanya menyedari rumah dipecah masuk ketika bangun untuk menunaikan solat Subuh.

Dalam kejadian rompakan yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu, perompak membawa lari kenderaan Mitsubishi Triton milik Mamat, wang tunai RM500, kamera antik, iPad dan alat permainan video PSP.

Kejadian tersebut menyebabkan Mamat kerugian RM100,000. Ketika kejadian Mamat berada di Tanjung Malim melakukan penggambaran filem terbarunya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers