Lenovo, Celcom Axiata lancar Vibe Z

Lenovo, Celcom Axiata lancar Vibe Z
Hung Chuan (tiga dari kiri) dan Noora (tiga dari kanan) menunjukkan telefon pintar terbaru, Lenovo Vibe Z pada pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam. - Foto SURIANIE MOHD HANIF

Lenovo, Celcom Axiata lancar Vibe Z


Lenovo Malaysia bekerjasama dengan Celcom Axiata Bhd bagi melancarkan Lenovo Vibe Z, telefon pintar LTE 4G pertama syarikat teknologi antarabangsa itu di pasaran Malaysia bermula Sabtu ini.

Menerusi kerjasama itu, Celcom memiliki hak eksklusif untuk melancarkan telefon pintar premium itu sebulan lebih awal daripada tarikh rasmi pemasarannya di negara ini iaitu pada 15 April depan.

Ketua Pemasaran Peranti dan Pembangunan Produk Celcom, Noora Mat Rifin, berkata syarikat menawarkan telefon pintar itu pada harga serendah RM988 untuk kontrak 24 bulan mengikut pelan mPro atau mPro Plus Celcom First.

Namun, pengguna juga berpeluang memiliki Lenovo Vibe Z pada harga terendah RM688 dengan menjadi 30 pelanggan terawal majlis pelancaran eksklusifnya di Blue Cube @ Sunway Iconic, Sabtu ini.

“Celcom komited menerajui kemajuan LTE dengan terus memfokuskan pengembangan rangkaian LTE, meningkatkan kualiti rangkaian dan kapasiti syarikat di seluruh negara supaya pelanggan mendapat pengalaman terbaik peranti mudah alih mereka.

Pelanggan dapat keistimewaan


“Lenovo adalah jenama yang sangat dipercayai dalam industri mudah alih. Menerusi kerjasama ini, pelanggan Celcom mendapat keistimewaan untuk memiliki telefon pintar LTE terkini di pasaran dengan lebih awal bersama-sama pakej eksklusif yang kami sediakan.
“Pelan yang dipakej bersama tawaran data dan suara terbaik Celcom itu akan menawarkan kapasiti data yang besar iaitu 5GB kepada pelanggan untuk memenuhi keperluan data mudah alih mereka,” katanya pada majlis pelancaran telefon pintar itu di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir Pengurus Besar Negara Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan.

Vibe Z dilengkapi teknologi tercanggih industri mudah alih apabila dipacu pemproses berprestasi tinggi Qualcomm Snapdragon 800 Quad-core 2.2GHz, 2GB memori, 16GB storan binaan dalaman dan skrin multi-sesentuh seluas 5.5 inci definisi tinggi penuh (Full HD).

Telefon pintar menggunakan platform Android 4.3 itu turut memiliki kamera belakang tertinggi berbanding telefon pintar di pasaran iaitu mencecah 13 Mega Piksel (MP) dan kamera depan 5MP yang dimuatkan dalam binaan hanya setebal 7.9mm dan seberat 147 gram.

Vibe Z akan mula dijual di rangkaian kedai milik Lenovo Smartphone Retail Partners bermula 15 April pada harga RM1,799.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers