Motorola sasarkan pasaran baru

Motorola sasarkan pasaran baru

Motorola sasarkan pasaran baru

Syarikat sediakan telefon pintar Moto G lebih murah

Motorola sasarkan pasaran baru

Sao Paulo: Motorola Mobility yang dimiliki Google mengejutkan pasaran telefon pintar menerusi pengenalan model asas Motorola yang disasarkan kepada pengguna di seluruh dunia yang sensitif terhadap kos, kebanyakannya di pasaran baru membangun.

Telefon mudah alih baru Moto G dijual pada harga kurang AS$200 (RM642) tanpa kontrak di Amerika Syarikat (AS) dan di seluruh dunia, iaitu kira-kira satu pertiga lebih murah daripada harga telefon mewah iPhone keluaran Apple dan peranti Samsung, kata syarikat itu.

“Moto G adalah telefon pintar yang memberikan pengalaman premium dengan teknologi hari ini,” kata Ketua Eksekutif Motorola, Dennis Woodside, ketika melancarkan telefon itu di hab perniagaan Brazil, Sao Paulo.

“Setengah bilion orang akan membeli telefon yang ditawarkan pada harga di bawah AS$200.”

Ada tarikan tersendiri 


Peranti baru itu adalah versi kos rendah Moto X yang dikeluarkan awal tahun ini di AS, tetapi kekurangan beberapa ciri-ciri seperti kamera definisi tinggi dan keupayaan untuk mengakses rangkaian terpantas 4G.

Di Brazil, harga paling rendah bagi Moto G adalah sekitar AS$280 (RM800) atau 650 reals.
Harga itu jauh di bawah iPhone, yang harganya boleh mencapai lebih AS$1,000 (RM3,207) di Brazil, atau telefon premium seperti Galaxy S4 Samsung.

Moto G mempunyai paparan bersaiz 4.5 inci (11.5 sm) dan bateri yang boleh bertahan sepanjang hari dan dilengkapi termasuk versi terbaru sistem operasi Google Android.

Woodside berkata, telefon itu akan mempunyai tarikan tersendiri terutama di pasaran baru membangun yang mana subsidi syarikat pengendali untuk telefon jarang ditawarkan dan pengguna keberatan untuk membayar harga sebanyak AS$600 (RM1,924) atau lebih untuk sebuah telefon bimbit.

“Industri kita memaksa pengguna untuk membuat pilihan di antara dua pilihan yang sangat teruk,” katanya.

“Pilihan pertama adalah membeli teknologi lama yang tidak berfungsi dengan baik dengan aplikasi seperti peta Google, ..pilihan kedua ialah membeli sebuah telefon premium lama yang biasanya dikeluarkan di AS dua atau tiga tahun yang lalu. Kami fikir industri perlu menyediakan lebih nilai untuk wang pengguna.”

Moto G dilengkapi dengan pemproses 1.2GHz quad-core Qualcomm Snapdragon dan kamera 5 megapiksel di depan dan belakang.

Ini akan membolehkan telefon itu ‘menarik perhatian menerusi ciri kelebihannya’,” kata Pengurus Perisian Produk untuk Motorola, Punit Soni.

Penganalisis pasaran IDC, Ramon Llamas, berkata peranti itu tidak akan berfungsi terhadap rangkaian kelajuan tinggi LTE tetapi ‘kebanyakan pasaran yang mana peranti itu diperkenalkan tidak mempunyai rangkaian LTE’.

“3G sudah memadai,” kata Llamas dalam pos twitter miliknya: “Pengguna dalam pasaran baru membangun adalah sensitif terhadap harga, tetapi tidak jahil mengenai apa kualiti telefon pintar. Moto G sedang menangani keperluan itu.” AFP


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers