Misha Omar Nafi Status Janda
Misha Omar menafikan khabar angin kononnya dia kini berstatus janda menjelang majlis perkahwinannya pada Mei ini.
“Janda? Bila masa saya bergelar janda. Makin dekat nak kahwin ni makin banyak pula cakap-cakap yang timbul...
“Dulu, masa saya tangguh perkahwinan pun orang kata bukan-bukan... Saya hanya manusia biasa, cukup-cukuplah timbulkan fitnah yang boleh mencalarkan maruah saya…
“Saya letih… Tak tahu nak cakap apa dah untuk yakinkan kepada semua bahawa dakwaan tersebut tidak benar,” ujarnya ketika ditemui pada acara Muzika Ekstravaganza bertempat di Angkasapuri, pada malam Jumaat.
Selain itu, pelantun suara ‘Angin Syurga’ ini turut memberitahu biarpun dakwaan tersebut masih terkesan dihati namun dia percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
“Saya faham, mulut orang memang kita tidak boleh tutup, apa yang saya boleh buat hanyalah bersabar…Setiap yang berlaku ada hikmahnya…
“Saya harap biarlah perkahwinan ini dapat tutup cerita-cerita kurang manis tentang diri saya…
“Saya pun mahu hidup bahagia seperti orang lain dan selepas ini saya akan memulakan fasa baru dalam hidup saya iaitu sebagai isteri kepada abang (Firos)… Doa-doakanlah kebahagiaan rumah tangga kami. InshaAllah.” ujarnya lagi.
Misha Omar dan Firos Ezzwan Rossly telah mengikat tali pertunangan pada 21 Februari 2012.
Pasangan ini bakal melansungkan majlis pernikahan dan resepsi secara serentak di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.