Skool Of Lawak, Program Terbaru `komedi Ada Kelas`

Skool Of Lawak, Program Terbaru `komedi Ada Kelas`

Skool Of Lawak, Program Terbaru `komedi Ada Kelas`

Tidak boleh disangkal lagi, bidang lawak kini telah mendapat perhatian pelbagai pihak selepas ianya telah mencetuskan fenomena dalam rancangan televisyen di Malaysia.

Saluran Astro Warna (132) sendiri merupakan antara satu-satunya saluran komedi di Malaysia yang berjaya mengangkat dunia lawak ke tahap yang lebih tinggi.

Selepas kejayaan program-program seperti Raja Lawak, Karoot Komedia X dan Maharaja Lawak, pihak Astro Warna sekali lagi dengan bangganya mengumumkan sebuah program baru gandingan pengacara , pengetua, barisan pengajar dan para peserta menerusi program realiti Skool of Lawak yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat jam 10 malam bermula 14 Februari 2014.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna Encik Rostam Said, program ini adalah inisiatif terbaru pihak Astro Warna untuk mencari pelapis baru pelawak yang boleh diketengahkan yang mempunyai kelas dan ‘standard’ yang tinggi.

“Ramai yang bertanya, apa beza Skool of Lawak dengan program Raja Lawak yang sedia ada sebelum ini. Skool of Lawak mempunyai format yang berbeza dengan Raja Lawak kerana untuk program ini tenaga pengajar akan fokus kepada semua aspek seperti penguasaan pentas, lontaran suara, idea lawak secara menyeluruh dan sebagainya. Undian juga melibatkan 70% dari pihak juri dan 30% menerusi undian para penonton tidak seperti sebelum ini Raja Lawak undian 100% dari para penonton.

“Kami juga sangat berbesar hati dengan kesudian pengarah filem terkenal tanah air, Encik Othman Hafsham serta barisan tenaga pengajar seperti Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan Khir Rahman yang bakal melatih bakat-bakat baru ini sekaligus melahirkan pelawak yang berkualiti di masa hadapan,” ujar Encik Rostam kepada Astro Gempak.

Jelas Encik Rostam lagi, program Skool of Lawak ini menerapkan elemen pembelajaran seperti di sekolah di mana misi utama program realiti ini adalah untuk melahirkan lepasan pelawak berkualiti yang mampu membuat orang ketawa, mampu menulis skrip komedi, merangka struktur komedi dan juga tukang cerita yang hebat.

“Kami mahu lahirkan sebuah institusi yang bakal melahirkan artis komedi yang serba lengkap. Diharapkan program ini menepati citarasa penonton dan mampu untuk mencetuskan fenomena seperti yang dilakukan oleh program-program Astro Warna yang terdahulu.

“Apa yang lebih menarik adalah gabungan pelawak terkenal tanah air iaitu Johan dari kumpulan Jozan dan Jep Sepahtu turut sama akan menjayakan program ini di mana mereka akan menjadi pengacara peperiksaan mingguan disamping memberi tunjuk ajar dan inspirasi kepada para pelajar di Skool of Lawak selain Syuk SYJ akan menjadi pengacara jurnal harian,” tambah Encik Rostam lagi.

Jadi jangan kepaskan peluang untuk menyokong dan menonton program realiti terbaru ‘Skool of Lawak’ yang akan bersiaran setiap hari Jumaat bermula 10 malam bermula 14 Februari ini di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers