Emma Maembong Akui Sering Ke Rumah Zizan Razak

Emma Maembong Akui Sering Ke Rumah Zizan Razak

Emma Maembong Akui Sering Ke Rumah Zizan Razak

Emma Maembong tidak menolak dakwaan gosip baru-baru ini yang mengatakan dia sering ke rumah milik pelawak, Zizan Razak.

Tetapi pelakon drama bersiri Projek Memikat Suami itu menafikan bahawa dia dan Zizan telah bersekedudukan kerana dia hanya akan ke rumah pengacara itu apabila ibu Zizan turut berada di rumah tersebut.

"Saya akui memang saya ada beberapa kali ke rumah Zizan tetapi saya hanya akan ke sana jika ibunya ada di rumah bersama.

"Mengenai bersekedudukan pula saya tak tahu bagaimana gosip itu boleh timbul. Mungkin ianya timbul kerana orang mahu kami dedahkan status sebenar kami di mana saya boleh katakan kami hanya berkawan rapat.

"Lagipun saya ke rumah dia hanya jika kami ada majlis hiburan yang perlu bergerak bersama kerana saya merupakan artis di bawah naungan syarikatnya," katanya kepada murai.com.my selepas majlis anugerah MeleTOP Era, Sabtu lalu.

Minggu lalu, portal Murai telah mendedahkan emel daripada seorang pengirim yang menggelarkan dirinya sebagai Peminat Murai Batu.

Menerusi emel itu, individu tersebut memberitahu telah beberapa kali melihat seorang pelakon wanita ke rumah seorang pelakon dan pengacara lelaki dan didakwa telah bersekedudukan.

Meskipun Murai tidak mendedahkan nama, namun sebuah blog hiburan telah membuat andaian artis itu adalah pasangan ini.

Zizan yang ditemui turut mengulas mengenai gosip itu berpendapat pengirim emel iti mungkin ada niat untuk menjatuhkannya.

"Jika benar artis di dalam emel itu adalah saya, kenapa pengirim itu tidak datang sendiri kepada saya dan menegur secara baik kerana saya sedia terima teguran.

"Cara pengirim itu seolah-olah mahu menjatuhkan saya kerana dia sepatutnya bertanyakan kebenaran itu kepada saya dan bukan Murai," jelasnya.

Pasangan ini bukan pertama kali dilanda gosip dan kontroversi, sebelum ini mereka pernah didakwa bercumbu di dalam kapal terbang sewaktu pulang dari bercuti di Amerika Syarikat.

Teks: Syafiqah Jalal

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers