Bakat Nadia Adha Dicungkil Dari Youtube!

Bakat Nadia Adha Dicungkil Dari Youtube!

Bakat Nadia Adha Dicungkil Dari Youtube!

Lagu Bruno Mars, Just The Way You Are yang pernah dipersembahkannya di dalam Youtube, telah membawa tuah buat pemilik nama Nadia Adha Mohd Abid.

Disebabkan lagu inilah, dia telah dilamar komposer Ali Hanafi untuk menjadi artis naungan Nuansa Music dan seterusnya terhasillah single Miliki Cintanya yang kini hanya menunggu masa saja untuk dilancaran di pasaran.

Lamaran Ali Hanafi itu pada awalnya membuatkan Nadia Adha kaget seketika, namun dalam waktu yang sama, ianya bagai bulan jatuh ke riba kerana dia benar-benar mahu menjadi penyanyi.

Menariknya, Nadia Adha adalah seorang penyanyi yang boleh disifatkan sebagai penyanyi yang sudah bersedia dan sudah cukup masak untuk diperkenalkan secara lebih meluas kepada peminat muzik tanah air.

Ini kerana dia sudah bertahun-tahun mengutip pengalaman menyanyi di kelab-kelab bersama bapanya, Abid Wheels di sekitar Melaka dan Kuala Lumpur bersama bapanya, Abid Wheels.

Terima kasih kepada bapanya kerana pengalaman tersebut bukan saja membantunya untuk membawakan pelbagai genre muzik dengan lebih berkesan tetapi dari situ juga dia menemui kecintaannya terhadap muzik jazz.
"Namun, jangan pula ada yang anggap bahawa Miliki Cintanya adalah sebuah lagu jazz yang tulen pula. Sebenarnya ia sebuah lagu progresif pop yang cuba dihasilkan dengan pendekatan baru yang mana ia banyak menguji kemampuan vokal falsetto saya.

"Alhamdulillah, setakat ini saya sangat berpuas hati dengan komposisi lagu Miliki Cintanya ini kerana ianya sesuai dengan vokal saya. Tapi, tak tahulah pulak bagaimana dengan penerimaan peminat muzik tanah air. Mudah-mudahan mereka suka dengan apa yang saya persembahkan ini," katanya kepada murai.com.my.

Mula mengasah bakat dalam bidang seni menerusi Kelab Kanak-Kanak RTM Melaka, gadis berusia 24 tahun ini masih menuntut di Open University Malaysia dalan bidang Penjagaan Awal Kanak-Kanak. Dalam waktu yang sama, dia juga turut bertuas sebagai guru tadika secara sambilan.

"Siang saya jadi guru tadika. Malam saya menyanyi dan belajar pula secara pendidikan jarak jauh. Mungkin orang akan tanya, bagaimana saya melakukan semua ini pada waktu yang sama.

"Saya pun tak tahu macam mana saya lakukannya tetapi apa yang saya tahu, setakat ini, saya masih mampu untuk membahagikan masa melakukan 3 pekerjaan yang berbeza ini sekaligus," katanya lagi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers