Konsert Amal Dato' Siti Nurhaliza Imbau Perjalanan Hidup
Menjadi insan bergelar penghibur, Dato’ Siti Nurhaliza seakan belum pernah merasakan jemu mahupun penat dengan aktiviti nyanyiannya yang tidak pernah putus-putus.
Walaupun sudah enggan dicalonkan dalam mana-mana anugerah, permata nombor satu negara ini masih tidak tergugat kualiti mahupun populariti.
Hujung minggu lalu sebuah lagi siri konsert telah dijayakan oleh isteri kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa tersebut untuk dua malam berturut.
Eksklusif bagi mengutip dana bagi Yayasan Nurjiwa yang dinaungi pasangan ini, Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre penuh dengan hadirin untuk Dato’ Siti Nurhaliza Live In Concert Where The Heart Is.
“Dah lama teringin nak buat konsert secara amal bagi mengumpul dana bagi Yayasan Nurjiwa untuk disalurkan ke badan-badan yang memerlukan. Kalau siapa peminat saya yang tidak pernah lepas ke konsert saya, kali ini lebih istimewa sebab mereka datang sambil beramal,” ucap penyanyi tersebut ketika mula membuka pentas konsert amal pertamanya itu.
Pemilihan lagu pada konsert ini jarang diperdengarkan kepada umum dimana-mana kemunculan pentasnya, Siti tujukan khas dan khusus memenuhi permintaan peminat yang menghantarkan permintaan lagu di laman sosial Twitter selepas diminta penyanyi tersebut.
“Kebanyakkan lagu yang dinyanyikan ada yang merupakan permintaan peminat dan ada juga lagu yang sekian lama menunggu untuk dinyanyikan semula di pentas tercapai juga pada malam ini. Permintaan banyak mahukan lagu Kesilapanmu Keegoanku dan berjaya ditunaikan.
“Ada juga pilihan lagu-lagu yang diambil daripada album pertama sampailah yang terakhir, All Your Love dapat ditampilkan. Sekaligus seakan menyoroti perjalanan karier dengan lagu-lagu yang pernah hits bagi album yang dihasilkan untuk saya.
“Penyampaian pun pada malam ini seperti menceritakan juga perjalanan karier dan setiap lagu ada kisah disebaliknya dan saya cuba menyampaikan dalam cara bercerita diselit elemen muzikal,” ujarnya lagi yang turut merencana untuk mengadakan pementasan muzikal di Istana Budaya jika benar-benar bersedia.
Selain itu, Dato’ Siti Nurhaliza akan tampil dengan album terbarunya pada pertengahan Mac ini. Bakal memuatkan 10 buah lagu, penyanyi ini kini dalam proses rakaman dan segala persiapan bagi melengkapkan album terbaru yang dinantikan peminat kesayangannya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.