Laki – Laki Sandarkan Pesona Lelaki
'Laki-Laki’ merupakan filem terakhir terbitan MIG Picture untuk tahun 2013. Filem ini diarahkan oleh Ollyn Khadri dan ditulis oleh penulis skrip drama online, ‘Luna Fantasiku’ yang pernah disiarkan suatu ketika dahulu iaitu Keyrool Kiasan.
Menampilkan tema komedi penggembaraan, filem ini mempertaruhkan Angah Raja Lawak dan Zul HandyBlack sebagai teraju utama dengan dibantu oleh Mie RajaLawak, Adey Syafrien serta pelakon baru Azrel Ismail. Bagi GUA, ia satu perjudian apabila meletak pelakon kurang dikenali untuk pembawa jalan cerita.
GUA difahamkan, MIG percaya konsep cerita dengan membariskan hanya pelakon lelaki di dalam sebuah filem mampu menarik orang ramai ke pawagam. Bagaimanapun, GUA agak kurang setuju dengan pendekatan itu.
Laki-laki menceritakan tentang lima orang sahabat iaitu Razak ( kartunis), Abu ( chef), Azman (pemain bola sepak), Jerry (penyanyi rock) dan Samad (pengarah filem) mengalami masalah kemurungan atas masalah masing-masing.
Lantaran itu, mereka berlima mengambil keputusan untuk menyertai satu kursus motivasi bagi membina semangat baru. Dalam perjalanan menaiki pesawat ke destinasi dituju, mereka pesawat yang dinaiki ditimpa kecelakaan sehingga menyebabkan mereka terdampar di sebuah pulau tidak berpenghuni.
Bermula dari situ bermulalah kisah lucu lima lelaki yang berusaha mencari jalan keluar dari pulau terbabit. Permulaan cerita hingga hujung cerita, pengarah dan penulis dilihat cuba mengupas maksud laki-laki. Tetapi minit-minit pertama filem ini tidak berjaya mengundang tawa penonton. Mungkin kerana permulaan cerita ini agak perlahan.
Elemen atau unsur komedi hanya terserlah apabila cerita bermula di pulau apabila masing-masing cuba mencari jalan untuk menyelamatkan diri. Secara keseluruhan, ‘Laki-laki’ boleh dianggap sebagai sebuah filem bertih jagung kerana ia membolehkan penonton ketawa tanpa memikirkan logik setiap babak.
Jika dibandingkan dengan filem yang meletak satu gender satu jalan cerita seperti ‘Bujang Lapok’, ‘Doremi’ , ‘Labu Labi’ atau ‘Baik Punya Cilok’, ‘Laki-laki’ ada kekuatan tersendiri di mana setiap pelakon memiliki ruang yang sama rata tanpa dimonopoli oleh pelakon yang ada nama. Kekurangannya mungkin dari segi penataan seni yang dilihat tidak begitu teliti.
Filem : Laki-Laki
Dibintangi oleh : Angah Raja Lawak, Zul HandyBlack, Mie RajaLawak, Adey Syafrien, Azrel Ismail
Arahan : Ollyn Khadri
Genre : Komedi Pengembaraan
Info: Laki-Laki adalah filem ke-100 terbitan Metrowealth Sdn Bhd, dengan rekod itu MIG bukan sahaja boleh dimasukkan ke dalam Malaysia Guiness Book of Records sebagai syarikat produksi tempatan yang paling banyak menerbitkan filem cereka, malah MIG turut memegang rekod itu di Asia Tenggara.
Rating : 3/5
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.