Stacy Semakin Memahami Islam
Stracie Angie Anam atau lebih dikenali dengan nama Stacy menganggap hal berkaitan agama begitu sensitif dan keberatan untuk mengulas lanjut tentang perkara itu kerana ingin menjaga hati pelbagai pihak.
Bagaimanapun, penyanyi yang kini sedang berpacaran dengan Akim Ahmad ini mengakui dia tertarik dengan Islam kerana mendapati Islam mempunyai persamaan dengan agama yang dianutinya sekarang ini iaitu Kristian.
“Saya meminati cara dan semakin memahami tentang Islam setelah terdedah dengan agama tersebut menerusi pergaulan. Sebelum ini di kampung halaman (Kota Kinabalu), pergaul saya terhad kerana komuniti di sana kebanyakan menganut agama Kristian,” ujar Stacy ketika ditemui di majlis pelancaran single duetnya dengan kumpulan Smash berjudul 'Hello' baru-baru ini.
Malah menurut Stacy, dia turut bertukar pandangan mengenai pemahaman agama masing-masing dengan Akim. Namun menegaskan dia tidak akan memeluk Islam hanya semata-mata ingin berkahwin dengan lelaki ini. Sebaliknya mahu berbuat demikian dengan yang ikhlas.
“Hasil perbincangan dengan Akim, saya menyimpulkan bahawa agama Islam dan Kristian tidak banyak beza namun saya mempelajari pelbagai perkara baru. Saya tertarik untuk mengetahui mengenai agama ini dengan lebih mendalam.
Bagi saya soal agama ini bukan main-main dan minat untuk mempelajarinya patut lahir dari hati sendiri. Jika saya ingin memeluk Islam, biarlah kerana ingin menjadi seorang muslim dan bukan kerana cinta atau seseorang,” tambah Stacy lagi.
Mengulas tentang kolaborasinya dengan Smash, Stacy berkata dia berharap agar kolaborasinya dengan kumpulan dari Indonesia itu menjadi satu langkah untuknya mengembangkan sayap ke Indonesia. Ini kerana Smash semakin dikenali di Indonesia dan Malaysia.
“Saya berasa bertuah kerana diberi peluang berkolaborasi dengan Smash. Saya dapat melihat perkembangan yang baik kepada perjalanan kerjaya saya. Bilangan pengikut saya di Facebook juga turut meningkat kepada setengah juta sejak lagu 'Hello' dilancarkan,” ujar Stacy teruja.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.