Kena Blocked Di Instagram, Johan Anggap Shila Amzah Belum Matang

Kena Blocked Di Instagram, Johan Anggap Shila Amzah Belum Matang


Kena Blocked Di Instagram, Johan Anggap Shila Amzah Belum Matang
Kena Blocked Di Instagram, Johan Anggap Shila Amzah Belum Matang

Semua sedia maklum sebelum ini hubungan pelakon, Johan As' ari dan penyanyi, Shila Amzah dilihat intim dan tak ubah seperti pasangan kekasih, namun aktor itu mengejutkan industri hiburan apabila secara tiba-tiba membuat pengakuan dia rupanya mencintai pelakon, Lana Nordin dan sudah melamarnya sebagai isteri.

Johan juga telah mendedahkan selama ini hubungannya dengan Shila Amzah tidak lebih seperti sayang daripada abang kepada adik.

Shila Amzah pula seolah-olah telah menerima tamparan yang hebat daripada kenyataan Johan itu dan telah meluahkan rasa kekecewaannya di laman Instagram dan Twitter.

Johan yang ditemui di majlis Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013 ) baru-baru ini berkata dia tidak pernah menyintai Shila Amzah dan menganggap luahannya itu sebagai kurang matang.

"Saya sayang Shila tak lebih daripada seorang sahabat. Dia muda lagi baru usia 23 tahun. Kerjayanya tengah memuncak. Semua orang bangga dengan dia.

"Saya tak tahu luahannya itu kepada saya atau siapa. Mungkin dia belum sampai ke standard pemikiran kita yang dewasa. Bagi saya, dia baru melalui fasa kehidupan dan kematangan yang kita sendiri kena faham.

"Dia pun ada sejarah dia. Kita kena jadi pemaaf dan jangan biarkan diri kita selalu dimaafkan. Saya dan Shila, kami sahabat sampai bila-bila,"katanya kepada murai.com.my.

Selepas mengambil keputusan untuk melamar Lana sebagai isteri, Johan memberitahu Shila Amzah telah 'blocked' dirinya daripada akaun Instagram. Namun sempat dia berkata sempat menghubungi ibu Shila.

"Saya baru perasan dia telah 'blocked' saya dari akaun Instagramnya sejak beberapa hari lalu.

"Bagaimanapun saya sudah menghubungi ibu Shila sebelum itu supaya pihak keluarganya jelas tentang apa yang berlaku di antara saya dan Shila,"jelasnya lagi.

Johan bagaimana pun masih merancang untuk menikahi Lana dan belum ada tarikh untuk menyatukan mereka dengan ikatan yang sah.

Comments

  1. wahhh..memang terkejut jugak ye Johan melamar Lana..maybe dah jodoh diaorg kann


    p/s: menabung Peel Fresh untuk is =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'aa kalau dah jodoh takkan kemana kata orang tua-tua, terima ksih ila :)

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers