Mawar Putih Tanda Perpisahan Rangkul Gelaran Drama Terbaik Ask2013

Mawar Putih Tanda Perpisahan Rangkul Gelaran Drama Terbaik Ask2013


Mawar Putih Tanda Perpisahan Rangkul Gelaran Drama Terbaik Ask2013
Mawar Putih Tanda Perpisahan Rangkul Gelaran Drama Terbaik Ask2013

Mawar Putih Tanda Perpisahan drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd telah dinobatkan sebagai Drama Terbaik dalam Anugerah Skrin 2013 (ASK2013) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi.

Drama lakonan Dato` Rosyam Nor dan Nad Zainal itu berjaya menewaskan beberapa buah drama lain yang turut memberi saingan hebat seperti Aku Bukan Malaikat, Di Bawah Langit Mu, Fatihah Untuk Abah dan Neraka Abah.

Selain merangkul anugerah Drama Terbaik, Mawar Putih Tanda Perpisahan turut merangkul dua lagi anugerah iaitu Videografi Terbaik (Mohd. Faizal Mohd. Ali) dan Lakon TV Terbaik (Mazlan Manan).

Sebuah lagi drama yang turut memberi saingan hebat, Aku Bukan Malaikat pula berjaya merangkul dua anugerah untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi Datin Paduka Umie Aida dan Pengarah Terbaik (Erma Fatima).

Sementara itu, dalam kategori filem pula KIL terbitan Grand Brilliance telah memenangi empat daripada tujuh anugerah utama yang dipertandingkan termasuk bagi kategori Filem Terbaik.

Filem berkenaan turut memenangi anugerah untuk kategori Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik menerusi Nik Amir Mustapha serta Pelakon Wanita Terbaik (Cristina Suzanne).

Aktor popular, Shaheizy Sam pula telah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Saya Amat Mencintaimu, manakala Khir Rahman dan Miera Liyana pula masing-masing muncul pemenang untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Rock Oo) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Miera Liyana).

Berikut ialah keputusan penuh ASK 2013:

Kategori Drama

Drama Terbaik - Mawar Putih Tanda Perpisahan (Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd)

Pelakon Lelaki Terbaik - Wan Hanafi Su (Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman)

Pelakon Wanita Terbaik - Datin Paduka Umie Aida (Aku Bukan Malaikat)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Hasnol Rahmat (Tunggu Sekejap)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Izreen Azminda (Perempuan Itu Ibuku)

Pengarah Terbaik - Erma Fatima (Aku Bukan Malaikat)

Videografi Terbaik - Mohd. Faizal Mohd. Ali (Mawar Putih Tanda Perpisahan)

Artis Harapan Pantene - Shasha Al Khred (Kawan)

Lakon TV Terbaik - Mazlan Manan (Mawar Putih Tanda Perpisahan)

Drama Rantaian Terbaik - Surat Dari Langit Biru (Rashbir Media Sdn. Bhd)

Drama Komedi Terbaik - Mentua Vs Mentua (Primeworks Studios)



Kategori Filem

Filem Terbaik - KIL (Grand Brilliance)

Lakon Layar Terbaik - Nik Amir Mustapha (KIL)

Pengarah Terbaik - Nik Amir Mustapha (KIL)

Pelakon Wanita Terbaik - Cristina Suzanne (KIL)

Pelakon Lelaki Terbaik - Shaheizy Sam (Saya Amat Mencintaimu)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Miera Liyana (Pecah)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Khir Rahman (Rock Oo)

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers