Feeq Nafi Noraniza Idris Tiket Mudah Untuk Wakili Negara

Feeq Nafi Noraniza Idris Tiket Mudah Untuk Wakili Negara


Feeq Nafi Noraniza Idris Tiket Mudah Untuk Wakili Negara
Feeq Nafi Noraniza Idris Tiket Mudah Untuk Wakili Negara

Anak kepada ratu etnik, Noraniza Idris iaitu Feeq Haiqal yang menyertai pertandingan Mister Planet Malaysia 2014 menafikan ibunya sebagai tiket mudah untuknya bergelar juara pertandingan berkenaan yang berakhir esok petang.

Bagaimanapun, Feeq sangat gembira kerana ibunya bersetuju untuk hadir selepas beberapa kali menolak pelawaannya untuk hadir ke majlis melibatkan dirinya itu dalam pertandingan seperti ini.

“Saya rasa gosip itu tidak betul langsung. Mak saya datang hanya nak sokong saya. Mak datang bukanlah bermakna saya boleh menang tanpa bertanding. Apapun,saya sangat gembira kerana ibu saya hadir.

“Sebelum ini, saya sudah banyak kali menyertai pertandingan seumpama inidan menjemputnya hadir. Namun, dia tidak dapat hadir kerana ada komitmen sebagai artis.

“Sejujurnya, saya tidak kisah apa orang nak kata tentang saya. Sebelum saya sertai pertandingan ini lagi, saya sudah bersedia untuk diajukan soalan berkaitan ibu saya,” katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Feeq turut menafikan mengenai cerita negatif tentang peserta yang sanggup jual maruah kerana mahu menang pertandingan ini.

“Semua orang friendly dengan saya. Saya tidak pernah mendapat layanan lebih selepas orang tahu saya ni anak kepada Noraniza Idris. Sejujurnya, saya tidak mengharapkan menang.

“Apa yang boleh saya harapkan hanyalah menjadi Top 7 saja. Saya pun masuk kerana timba pengalaman. Saya juga tidak menolak seandainya saya ditawarkan untuk menjadi pelakon.

“Saya pun tidak mahu tolak rezeki. Rezeki pun tidak datang banyak kali.Apapun, saya juga lega apabila ibu saya ada komen selepas mendengar gosip yang melibatkan saya dan dia,” jelasnya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers