50,000 Surat Saman Dikeluarkan Kolumpo?

50,000 Surat Saman Dikeluarkan Kolumpo?


50,000 Surat Saman Dikeluarkan Kolumpo?
50,000 Surat Saman Dikeluarkan Kolumpo?

Tinggal beberapa hari sahaja lagi debaran semakin terasa buat tiga pengarah muda tempatan yang merangkumkan 3 kisah paparan realiti kehidupan di kota Kuala Lumpur menerusi filem Kolumpo dan ia bakal menemui pnonton di pawagam 5 Disember ini.

Walaupun industri perfileman negara kini tidak menentu dan bergantung kepada nasib dan juga beberapa faktor lain bagi pembikin untuk mendapat keuntungan, Sheikh Munasar, Bront Palarae dan Rozi Izma cuba memikirkan cara promosi yang mungkin dapat menarik lebih penonton ke panggung.

Yang terbaru, sebanyak 50,000 keping surat saman palsu seakan surat saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dicetak tetapi Otto Films Sdn Bhd menukarkan kepala suratnya kepada Kolumpo. Surat saman palsu ini telah diagihkan dan diletakkan di kawasan letak kereta tumpuan umum sebagai salah satu langkah promosi.

Menurut salah seorang pengarah Kolumpo, Sheikh Munasar, ketika ditemui, idea itu datang daripada perbincangan mereka dan ia dilihat mampu memberikan kesan kepada mereka yang menerima surat saman itu untuk setidak-tidaknya menyimpan niat untuk menonton Kolumpo.

“Idea itu tercetus ketika kami berbincang untuk langkah promosi dan ia adalah satu idea yang bernas dan lain dari yang lain. Ada sedikit pengaruh daripada zaman dahulu dimana flyers dieedarkan jika ada filem baru diterbitkan tetapi kami memberikan surat saman sebagai tanda ‘peringatan’.

“Buat masa ini team Kolumpo baru sahaja ‘menyaman’ para hadirin di Shah Alam ketika Anugerah Skrin berlangsung di stadium Malawati minggu lalu. Walaupun kebanyakkan surat itu basah kerana hujan namun ada yang masih memberikan sokongan dengan mengeringkan dan meletakkan surat saman Kolumpo di Twitter dan Instagram mereka.

“Saya melihat ini sebagai perkara positif dan berharap kepada mereka yang mendapat surat saman Kolumpo akan berkunjung ke Kolumpo dan menyaksikan sendiri kenapa mereka perlu hadir membayar ‘saman’ tersebut,”ucapnya yang gembira apabila idea tersebut diterima positif masyarakat.

Selain daripada surat saman tersebut, Shaikh Munasar turut memberitahu bahawa Otto Films Sdn Bhd juga akan meletakkan wakil atau mascot Kolumpo iaitu orang dan kotak di atas kepala di 17 pawagam terpilih. Jika berkesempatan para pelakon juga akan bersama-sama turun padang bagi mempromosikan Kolumpo.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers