Aktor Fast & Furious, Paul Walker Maut Dalam Kemalangan

Aktor Fast & Furious, Paul Walker Maut Dalam Kemalangan


Aktor Fast & Furious, Paul Walker Maut Dalam Kemalangan
Aktor Fast & Furious, Paul Walker Maut Dalam Kemalangan

Aktor Hollywood, Paul Walker, 40, yang terkenal dengan filem The Fast and the Furious maut akibat kemalangan jalan raya pada petang Sabtu, semalam.

Menurut laporan portal hiburan terkemuka TMZ, kejadian itu berlaku di Santa Clarita, utara Los Angeles, Amerika Syarikat.

Laporan sumber memetik, aktor itu berada di dalam sebuah kereta Porshe bersama pemandu kereta tersebut, apabila beliau hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok.

Kereta itu terus meletup dan terbakar ekoran perlanggaran itu.

Namun demikian, identiti pemandu yang berada bersama Walker tidak dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa beliau turut meninggal dunia.

Walker dilaporkan berada di Santa Clarita untuk pertunjukan kereta amal sempena tragedi taufan di Filipina.

Walker membintangi beberapa siri filem “The Fast and the Furious” bersama seorang lagi pelakon terkemuka Van Diesel.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers