Rangkul Drama Terbaik, Rosyam Nor Anggap Kejayaan Terbesar Suhan Movies

Rangkul Drama Terbaik, Rosyam Nor Anggap Kejayaan Terbesar Suhan Movies


Rangkul Drama Terbaik, Rosyam Nor Anggap Kejayaan Terbesar Suhan Movies
Rangkul Drama Terbaik, Rosyam Nor Anggap Kejayaan Terbesar Suhan Movies

Produser Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd, Dato' Rosyam Nor menganggap anugerah Drama Terbaik untuk Mawar Putih Tanda Perpisahan yang dirangkul di Anugerah Skrin 2013 (ASK2013) Jumaat lalu merupakan kejayaan terbesar syarikat penerbitannya.

Malah dia tidak menyangka drama arahan Badar yang dianggap sebuah karya yang ringkas itu berjaya dinobatkan sebagai antara yang terbaik.

"Ini kali pertama drama Suhan Movies dinobatkan sebagai Drama Terbaik di ASK 2013. Menariknya ia sebuah naskah yang simple tapi diangkat dan menjadi naskah yang punya isi yang dalam oleh Badar terutamanya.

"Sebenarnya Bada dapat membaqa jiwa kepada drama ini. Selain Badar, tahniah juga pada Nad walaupun pertama kali dia dan saya digandingkan bersama.

"Apa yang boleh saya kata ini pencapaian yang besar pada Suhan Movies bukan kerana dalam pertandingan ini tapi kejayaan ini termasuk berjaya memberi suatu inspirasi pada penonton," katanya yang ditemui di ASK 2013 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, kelmarin.

Drama lakonan Rosyam Nor dan Nad Zainal itu berjaya menewaskan beberapa buah drama lain yang turut memberi saingan hebat seperti Aku Bukan Malaikat, Di Bawah Langit Mu, Fatihah Untuk Abah dan Neraka Abah.

Selain merangkul anugerah Drama Terbaik, Mawar Putih Tanda Perpisahan turut merangkul dua lagi anugerah iaitu Videografi Terbaik (Mohd. Faizal Mohd. Ali) dan Lakon TV Terbaik (Mazlan Manan).

Bercakap mengenai perancangan Suhan Movies, Rosyam memberitahu dia sedang menanti peluang yang lebih banyak dari stesen-stesen televisyen untuk melahirkan lebih ramai pendatang baru untuk digilap.

"Saya looking forward untuk banyak projek-projek baru dari semua stesen televisyen di Malaysia ini. Impian saya mahu melahirkan lebih ramai lagi bintang baru untuk memeriahkan lagi industri seni tanah air kita," jelasnya lagi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers