Tak Mahu Berlakon, Dato’ Sms Cari Calon Untuk Pegang Wataknya!

Tak Mahu Berlakon, Dato’ Sms Cari Calon Untuk Pegang Wataknya!


Tak Mahu Berlakon, Dato’ Sms Cari Calon Untuk Pegang Wataknya!
Tak Mahu Berlakon, Dato’ Sms Cari Calon Untuk Pegang Wataknya!

Angkasawan Negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar (Dato’ SMS) Syukor melahirkan rasa terkilan apabila filem dokumentari kisahnya di angkasa lepas masih belum siap mengikut tempoh yang telah dijanjikan.

Bagaimanapun,  Dato’ SMS masih lagi memberikan tanggungjawab kepada produksi yang sama untuk menyiapkan filem berkenaan yang telah berubah konsep dari dokumentari kepada filem yang melibatkan pelakon.

“Proses filem tersebut telah pun ditunjukkan pihak produksi kepada saya. Namun, ada beberapa perkara yang saya tidak puas hati dan perlu diperbaiki. Sebelum ini, isi kandungan lebih tertumpu pada kehidupan saya di angkasa lepas.

“Malah, ia lebih menonjolkan video yang telah dirakamkan sewaktu saya di angkasa. Namun, konsep filem ini telah bertukar kerana ditakuti kalau fokus kepada dokumentari ia agak bosan.

“Saya berharap filem ini boleh ditayangkan pada tahun depan. Bagaimanapun, pihak produksi masih belum tahu lagi jalan cerita yang ingin dimasukkan dalam filem itu nanti. Terus-terang, saya memang terkilan dan masih beri harapan pada produksi yang sama,” jelasnya.

Dalam pada itu, memandangkan filem ini akan melibatkan babak lakonan semula, Dato’ SMS dari awal lagi telah menolak tawaran untuk berlakon walaupun menjadi dirinya.

“Saya tak mahu jadi pelakon. Jadi pelakon susah nak hayati watak. Saya pun masih tidak pasti lagi siapakah yang boleh berlakon jadi saya. Saya pun tidak tahu memilih calon pelakon yang sesuai.

“Saya tidak mahu berlakon kerana saya tidak mahu buat banyak kerja. Saya lebih suka buat kerja yang fokus pada satu saja. Tentang pemilihan pelakon saya serahkan pihak produksi untuk memilih.

“Terus-terang, saya dah hampir penat untuk menjawab soalan mengenai angkasa lepas. Sebab itulah, saya mahu filem ini diterbitkan segera supaya peminat saya boleh tahu sendiri kisah saya di angkasa lepas,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers