Zarina Zainuddin |
Zarina Zainuddin Akui Pernah Serang Follower Di Instagram!
KUALA LUMPUR, 23 OGOS 2013: Pelakon Zarina Zainuddin, 43, akui pernah menyerang seorang pengikutnya di laman sosial Instagram miliknya selepas berang dengan tindakan wanita itu yang cuba memalukannya dengan memberi komen yang negatif terhadap sekeping foto yang dimuat naiknya sendiri.
Zarina Zainuddin berkata dia menyerang dengan cara baik selepas cuba menasihati kembali cara seorang pengikutnya atau follower itu yang dikatakan memberi komen yang agak kasar kepadanya.
"Sebenarnya, Instagram ibarat diari saya. Dari situlah saya kongsi segala aktiviti harian saya, sama ada ketika mengikuti sesi penggambaran mahupun ketika bersama keluarga.
"Saya seorang yang mesra dan gemar melayan komen daripada follower saya. Cuma baru-baru ini saya terima komen daripada seorang peminat yang telah menegur dan melemparkan kata-kata yang kurang elok kepada saya.
"Ianya berpunca daripada saya berkongsi foto memakai telekung selepas selesai menunaikan solat yang menampaknya wajah penuh mekap di muka . Ketika itu saya berada di set penggambaran. Maklumlah masa itu tengah sibuk nak kejar perkara wajib (solat) dan kerja, jadi tak sempatlah nak bersihkan mekap di muka dengan betul. Tapi sebenarnya saya sudah ada air sembahnya sebelum mengenakan solekan.
"Follower itu sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan saya yang memakai mekap ketika solat dan terus melemparkan komen yang agak kasar. Lepas baca komen daripada follower tersebut, saya pun pergi ke akaun Instagram dia dan saya lihat dia pun bukanlah seorang yang alim ulama.
"Jadi, saya pun balas balik dengan memberi komen kepadanya, kalau nak komen orang lain, lihat diri kita dulu macam mana. Kita manusia biasa, tak ada siapa yang sempurna," katanya kepada murai.com.my
Sejak daripada itu, pelakon yang sebelum ini popular menerusi drama Teduhan Kasih itu memberitahu dia telah pun 'blocked' pengikutnya itu supaya perbalahan tersebut tidak akan berpanjangan.
"Lanjutan daripada insiden itu, dia juga terus blocked saya dan saya pun buat perkara yang sama. Senang, tak payah nak panjang-panjangkan cerita. Saya tak kisah kalau peminat nak tegur, tapi biarlah dengan bahasa dan cara yang baik.
"Terus-terang, segala video ataupun gambar yang saya kongsikan di Instagram adalah sememangnya menunjukkan diri saya yang sebenar. Saya tak suka nak bersikap hipokrit dan bagi saya tak salah untuk kongsikan segala aktiviti harian dengan peminat sebab sharing is caring," luahnya lagi.
Mengenai perkembangan terbaru, Zarina bakal memulakan penggambaran drama bersiri Janji Adam untuk siaran TV3 pada 26 Ogos ini bersama pelakon-pelakon seperti Zul Ariffin, Jalaludin Hassan dan ramai lagi.
iskandarX: Serang je dia mummy melampau kalau memang patut kena punya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.