Super Spontan: Persaingan lebih sengit!

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Super Spontan, Persaingan, lebih, sengit
Barisan peserta yang bakal berentap dalam SS2

Super Spontan: Persaingan lebih sengit!


UMUM mengetahui, pengacara dan pelawak terkenal, Zizan Razak telah dinobatkan sebagai juara program realiti bercorak permainan komedi, Super Spontan pada musim lalu.

Pada tahun ini, Super Spontan 2 (SS2) akan kembali menghangatkan lagi industri komedi sekali gus menghiburkan penonton di Astro Warna.

Jika tahun lalu, Astro membariskan pelawak terkenal yang tidak asing lagi termasuk Johan, Tauke Jambu, Rahim R2, Bell Ngasri, Ropi, Yasmin Hani dan Suhaimi Yusof, SS2 kali ini dilihat lebih terbuka kepada muka-muka baru.

Antara peserta yang bakal berentap dalam SS2 ialah, Along Raja Lawak, Nabil Ahmad, Shuib Sepahtu, Jep Sepahtu, Munir, Eko SayWho, Ajak Shiro dan Yus Jambu selain mengekalkan tiga peserta musim lalu, Tauke Jambu, Rahim R2 serta Suhaimi Yusof.

Selain itu, SS2 juga turut menampilkan dua peserta wanita yang tidak asing lagi dalam dunia komedi, Almy Nadia dan Noorkhiriah.

Selaku penerbit SS2, pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki menjangkakan cabaran yang lebih besar untuk musim kedua ini.

“Saya yakin, selebriti yang dipilih ini mampu menyahut cabaran dalam SS2. Untuk pengetahuan, kami sengaja memilih muka baru dan lama untuk digabungkan. Malah, kami yakin, dengan cara ini, cabaran dan persaingan akan lebih sengit lagi,” katanya yang turut mengakui bukan mudah untuk memilih dan memanggil selebriti menyertai program ini.


Noorkhiriah, Amly Nadia beri saingan


Bertanya mengenai pemilihan dua peserta wanita pula, Afdlin mengakui kredibiliti yang ada pada Noorkhiriah dan Almy Nadia tidak boleh dipandang enteng oleh peserta lelaki.

“Mungkin ramai tidak menyangka Almy Nadia juga turut mempunyai bakat dalam komedi. Malah, sebelum ini juga Almy banyak terlibat dalam rancangan berbentuk komedi.

“Noorkhiriah pula tidak perlu disangkal lagi kemampuannya kerana pelakon ini pernah merangkul anugerah sebagai pelawak wanita.

“Tidak ramai pelawak wanita yang boleh melakukannya dan sehingga kini hanya dua peserta ini saja yang berani menyahut cabaran di SS2,” katanya.

SS2 turut menampilkan penyampai radio EraFM, Haniff dan Ray sebagai pengacara.

SS2 bersiaran secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika, setiap Jumaat bermula 30 Ogos ini, jam 10 malam. Rancangan ini juga ditayangkan secara serentak di Mustika HD (saluran 134).

Juara SS2 akan bawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers