Diganggu makhluk halus!

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Diganggu, makhluk halus, Paku Pontianak
Barisan pelakon filem Paku Pontianak

Diganggu makhluk halus!


MEMILIH lokasi penggambaran jauh di dalam hutan, Ismail Bob Hasim berkata, filem seram terbarunya, Paku Pontianak memberikan cabaran besar buat dia dan seluruh krew produksi.

"Kami terpaksa meredah jalan kampung hampir dua jam untuk sampai ke lokasi. Di sekeliling kami pula hanya ada hutan tebal dan ladang getah kerana ia betul-betul di penghujung kampung," katanya yang menjalani seluruh penggambaran di Kuala Kangsar, Perak.

Akui Bob, kadang kala mereka merasai kehadiran 'sesuatu' namun membiarkan perkara itu sehingga ia hilang dengan sendiri.

"Mujur sepanjang penggambaran, gangguan-gangguan itu masih dalam kawalan. Adatlah di tempat-tempat sebegitu ada 'penghuninya' dan kami pula bekerja hingga lewat malam," kata Bob.

Demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini, Bob turut mendapat khidmat krew yang pakar 'memagar' kawasan tersebut.

"Mujurlah ada seorang kru kami yang tahu selok-belok untuk 'memagar' kawasan tersebut. Alhamdulillah dengan izin Tuhan, kami dapat menyempurnakan penggambaran," katanya yang bukan kali pertama mengarahkan filem seram.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Diganggu, makhluk halus, Paku Pontianak
Ismail Bob Hasim

Inspirasi daripada Nang Nak


Mengisahkan percintaan manusia dan puntianak, Bob mengakui dia banyak menjadikan filem seram dari Thailand, Nang Nak sebagai rujukan.

“Filem ini bukan filem seram yang hanya melibatkan dendam dan ilmu hitam semata-mata. Tetapi ia lebih berkisar mengenai cinta antara manusia dan puntianak. Dan itulah kelebihan filem ini," kata Bob.

Mengulas mengenai pemilihan pelakon, Bob berkata, dia sangat berpuas hati dengan lakonan Pekin Ibrahim (Adam) dan Uqasha Senrose (Melati) sebagai teraju utama Paku Pontianak.

Malah penampilan dua pelakon veteran, Ruminah Sidek dan Sidek Husin yang sangat sinonim dengan filem seram, memberikan impak yang lebih besar terhadap filem terbitan MIG itu.

"Pekin sememangnya pelakon yang berpengalaman. Sementara Uqasha pula pendatang baru yang sangat berpotensi.

"Dia (Uqasha) pernah tertekan dengan wataknya, namun akhirnya dia mampu melaksanakannya dengan baik," katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers